Namun begitu Ramadhan kali ini dapat Amir laluinya dengan penuh keseronokan. Walaupun berpuasa sendirian dan berjauhan dengan keluarga. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Aidilfitri akan menjelma. Persiapan Amir meraikan Aidilfitri kali ini hanya sekadar serba sedikit. Kerana Amir membiarkan adik-adik Amir gembira dapat baju baru yang banyak untuk raya tahun ini. Semua itu telah Amir lalui bertahun-tahun yang lepas. Raya sahaja nak baju baru banyak-banyak. Kalau tak banyak rasa nak menangis tengok orang lain pakai cantik-cantik.
Disempena bulan yang mulia ini Amir ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin & muslimat. Hayatilah 10 malam terakhir Ramadhan. Sesungguhnya malam 7 Likur itu penuh dengan keberkatan dari Allah S.W.T buat umat-umatNya yang betul-betul bertakwa.
E-Card Raya buat pembaca semua, khas dari Amir ^-^
0 comments:
Post a Comment