Monday, October 4, 2010

Harga Rokok Naik Lagi RM 0.70 ?

Wajah Kotak Winston suatu masa dahulu .

Dunhill pilihan ramai . Heheh .

Amir dapat tau harga rokok naik , kawan Amir bagi taw kelmarin lagi . Baru rasa nak update pasal ni . Banyak tu RM 0.70 . Jangan pandang duit syiling je taw ? Kalau sekotak dah RM0.70 . Cuba kalikan dengan seorang setiap sekotak bagi perokok-perokok yang ada dalam Malaysia ini . Bagaimana pula yang sehari berkotak-kotak rokok dihisapnya ? . Haa. Renungkan lah wahai blogger sekalian . Hehehe .

KUALA LUMPUR 5 Okt. - Perokok-perokok kini terpaksa membayar lebih bagi sekotak rokok apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga sebatang rokok kepada 1 sen sebatang berkuat kuasa hari ini.Berikutan pengumuman kenaikan cukai eksais dikuatkuasakan oleh kerajaan pada minggu lalu, semua perokok akan mula membayar berdasarkan harga baru.

British American Tobacco (BAT) dalam kenyataannya di sini berkata, syarikat itu akan mula menjual semua produk keluarannya bermula hari ini.Antara harga rokok yang dinaikkan ialah Dunhill Fine Cut 20 RM10 sekotak, Dunhill 20 (RM9.30), Dunhill 14 (RM6.90), Kent 20 (RM9.30) dan Kent 14 (RM6.90)
Jenama rokok lain yang turut dinaikkan ialah Pall Mall Plain 20 (RM9.70), Pall Mall 20 (RM7.80), Pall Mall 18 (RM7.00), Pall Mall 14 (RM5.80), Pall Mall 25 (RM9.70).Manakala Benson & Hedges 20 (RM9.30) dan Benson & Hedges 14 (RM6.90) - Utusan Malaysia Online

Hehe . memang kaya lah syarikat pengeluar rokok kali ini . Kepada perokok-perokok tegar diluar sana belajar lah untuk menguranggkan merokok / berhenti terus . Lagi bagus . Dengan pemberitahuan ini , juga menyebabkan **** berniat untuk berhenti menghisap rokok . Sekian . Hehe . Nasib OH! Nasib .

2 comments:

Yasmin yusof said...

haha!padan muka korang ^-^

Admin said...

haha. tuh lah . padan muka diorang . kahkahkah :D

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design