Classification: PG13
Genre: Comedy / Horror
General Release Date: 07 Oct 2010
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Azlee Jaafar, Cat Farish, Kuman, Lisa Surihani, Mazlan Ahmad, Nora Danish, Shaheizy Sam
Director: Ahmad Idham
Genre: Comedy / Horror
General Release Date: 07 Oct 2010
Running Time: 1 Hour 30 Minutes
Distributor: Metrowealth
Cast: Azlee Jaafar, Cat Farish, Kuman, Lisa Surihani, Mazlan Ahmad, Nora Danish, Shaheizy Sam
Director: Ahmad Idham
Setalah berjaya memulihkan Punai, Asmat dan Johan serta berjaya menewaskan Mustika dalam JPBC yang lalu, Pak Mor yang cedera itu terus menuju ke anak sungai. Di tepi sungai, Pak Mor duduk bersila dan mula membaca jampi menteranya.Semakin lama semakin laju Pak Mor membaca jampi manteranya. Serentak angin mula bertiup. Semakin lama semakin kencang angin bertiup mengikut kelajuan Pak Mor membaca jampi manteranya. Tiba-tiba tubuh Pak Mor mula mengelupur.Mulutnya masih kumat kamit membaca jampi manteranya. Tiba-tiba Pak Mor kejang dan serentak dengan itu satu gumpalan asap keluar dari tubuh Pak Mor dan asap itu muncul Mustika.Setelah Mustika keluar dari tubuh Pak Mor, Pak Mor kembali pulih seperti sedia kala. Rupa-rupanya Pak Mor ada hubungan dengan Mustika dan mereka telah berpakat untuk mengambil semua harata dan saka-saka Pak Sudir setelah kematian Pak Sudir. Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir.Dengan mengambil kesemua saka-saka Pak Sudir, Pak Mor dan Mustika akan kekal muda untuk selama-lamanya tetapi kedatangan Punai, Asamat dan Jihan telah menggagalkan rancangan mereka. Jadi, Pak Mor dan Mustika bertekad untuk menghapuskan Punai, Asmat dan Johan. Selagi Punai, Asmat dan Johan tidak dihapuskan, harta dan saka-saka arwah Pak Sudir tidak akan jatuh ketangan Pak Mor dan Mustika.Dengan kuasa yang ada, Pak Mor dan Mustika mencuba untuk membunuh Asmat dan Punai tetapi gagal. Akhirnya Punai dan Asmat berjaya melarikan diri. Punai dan Asmat kemudian berhenti di satu tempat. Punai memberitahu Asmat bahawa tiada gunanya mereka melarikan diri kerana Pak Mor dan Mustika akan sentiasa mencari dan mengejar mereka. Asmat memberitahu ada seorang bomoh yang dirasakan boleh menolong mereka iaitu Wak Ketari.Lalu mereka pun pergi mencari rumah Wak Ketari. Mereka menceritakan apa yang terjadi kepada diri mereka dan mereka ingin menuntut ilmu kebomohan dari Wak Ketari. Wak Ketari bersetuju untuk menagajar mereka tetapi mengenangkan syarat-syarat yang ketat mesti mereka patuhi. Pada mulanya mereka keberatan kerana syarat yang dikenakan terlalu ketat.Amir dah pergi tengok movie ini kat Times Square . Bagi Amir cerita komedi ini boleh lah nak dijadikan cerita santai-santai . Tapi ada beberapa unsur dalam cerita ini Amir tak setuju . Cerita komedi ini dikelaskan PG13 , tapi macam tak berapa sesuai dengan pakaian yang dikenakan oleh artis yang melakonkan watak-watak dalam cerita tersebut . Ada scene yang dilakonkan oleh Nora Danish semasa membasuh pakaian di tepi sungai yang agak 'terlampau' disitu(sape-sape yang dah pergi tengok mesti tau) . Haha . Mungkin sesetengah golongan berpadangan terbuka dalam kes itu . Memang Amir tak kisah pun . Tapi bagaimana pula budak-budak yang berumur 13 menonton cerita tersebut ? Biasa lah peringkat awal remaja . Macam-macam dugaan buat mereka . Apa-apa pun kepada siapa yang dibawah umur 18 tahun Amir cadangkan korang pergi tengok dengan bimbingan iba bapa korang . Ok ? Enjoy . ;P
Tetapi setelah terpandang Seha, anak gadis Wan Ketari yang cantik, mereka terus bersetuju untuk belajar. Bermula dari itu mereka belajar dan mereka menghadapi berbagai masalah semasa belajar kerena mereka dikehendaki menangkap hantu. Walaupun menghadapi masalah, mereka berjaya menangkap hantu-hantu tersebut dan mereka lulus ilmu bomoh.Pak Mor dan Mustika mendapat tahu yang kini menetap di kampung Wak Ketari. Pada malam itu Pak Mor dan Mustiak dengan bantuan hantu-hantu mereka berjaya menculik Seha. Wak Ketari kemudian menilik dan mendapati anaknya diculik Pak Mor dan Mustika. Kemudian mengarahkan Asmat dan Punai pergi menyelamatkannya.
Nota Kaki : Tempat diorang melakonkan cerita ini di Perlis , Cantik sangat . Buat Cik Yan . Bangga hang noe tempat hang diorang berlakon :D
0 comments:
Post a Comment