Awak , saya senantiasa ceria bila awak balas sms saya . Awak best sangat . Awak macam paham je saya memerlukan seseorang untuk berbicara . Awak gelak tawa sms dengan saya . Awak , satu hari tu . Saya beranikan diri untuk bercakap dengan awak . Alahai , lembutnya suara awak . Tak dapat saya lupakan suara awak tuh . Serak-serak basah . Haishh . Memang best lah suara awak tuh .
Awak , hari makin hari saya semakin berani nak call awak . Nak bersembang dengan awak . Saya tak peduli topup hari-hari pun . Sebab saya bujan ada awek nak shopping sana sini . Keluar sana sini . Sebab tuh ada ja duit nak top up . Boleh call awak , bercakap dengan awak . Awak , saya rindu kan awak .
Hari makin hari saya kenal awak , Awak makin sibuk . Sebab studies awak kan ? Tak sama dengan saya . Saya dah habis pembelajaraan kat Universiti . Tapi awak kena study untuk mid term awak . Saya paham , awak dah makin kurang sms dengan saya . Awak dah semakin malas nak sms dengan saya . Saya tau awak sibuk dengan studies awak . Awak , awak belajar rajin-rajin ya . Mid term awak sangat penting . Gud luck .
Awak , hari ni kan . Saya asyik menung je tengok telefon SE saya tuh . Takda pun awak hantar sms dekat saya dah . Saya nak hantar sms dekat awak . Tapi , saya takut awak sibuk . Saya takut ganggu awak belajar . Awak , saya rindukan awak . Awak rindukan saya ? Herrmm . Awak mesti tak nak cakap kan ? Takpe , saya paham . Saya kawan awak saje . Awak , saya sayang awak . Awak sayang saya tak ? Hermm . Mesti sayang saya macam kawan je kan . Sebab saya tak lebih dari kawan awak . Awak , saya taip semua ini sebab saya nak awak tau . Saya sayang dan rindukan awak sangat-sangat .
Awak , jaga diri baik-baik ya kalau saya dah tak ada nanti . Harap awak boleh jaga diri . Kalau saya takda nanti , awak jangan cari-cari saya ye . Awak lupakan saya je tau ? Saya tak nak awak risau . Awak , kalau saya ada buat salah , saya nak mintak maaf dengan awak . Terkasar bahasa , buat hati awak sakit hati . Awak maafkan saya ya . Awak , terima kasih sebab jadi kawan saya ;)
Sekadar gambar hiasan . Credit for Deviant.Art
0 comments:
Post a Comment