Saturday, December 25, 2010

Blogging Untuk Famous ?


Alhamdulillah , bagun lagi sekali aku di dunia untuk menunaikan kewajipan aku terhadap Allah Yang Maha Esa . Rasa macam nak tidur je balik , tapi apakan daya . Semasa subuh lah Allah memberi rahmat , Amir nak kan rahmat itu ! So sape tidur lepas subuh tak dapat!! Bluerkk . Hehehe .

Macam biasa lah , bagun pagi lepas solat subuh terus on lappy . Nak tengok pemenang contest dari Abg Ben kita , iaitu treasure hunt . Peserta seramai 200+ blogger . Boleh klik sini untuk lihat . Dan pemenangnya ialah , Wina Rozali . Amir sibuk membeli belah untuk persiapan BBQ besok , tuh yang tak dapat join contest nie sampai habis . Tapi takpe , walaupun baru satu contest Amir join semasa berblogging traffic hit dah meningkat .

Ini yang buat Amir terfikir , adakah blogging untuk famous ? Secara jujurnya , Amir bukan mengetuk papan kekunci mengarang ayat satu persatu menjadi sehingga terjadinya bahan bacaan untuk orang lain dengan niat untuk terkenal . Amir ikhlas untuk berkongsi cerita buat pembaca yang setia . Kalau ada la kan ? Haha . Tapi tidak salah bukan ? Kalau ada bakat dalam penulisan , apa salahnya anda tunjukkan bahawa anda mempunyai keistimewaan . Tidak semua orang dapat mengawal minda orang lain dengan perkataan .

Buat follower-follower yang baru , terima kasih sangat . Jangan lupa komen entri-entri Amir ya ? Haa , lagi satu . Like lah blog Amir dekat Facebook kalau nak tau entri-entri terbaru . Jangan segan-segan nak tegur Amir kat blog picisan ini . Dan kalau terserempak Amir dekat luar , tegur lah tau ? Hahaha . Kalau kenal lah . Tapi tak kenal maka tak cinta bukan ? Haa . Selalu Amir ada area KL sahaja . Sebab Amir belajar kat sana . Tempat yang selalu Amir kunjungi ialah , Plaza Lowyat . Syurga buat lelaki yang gila akan gadjet terbaru dan peralatan teknologi . Hee .

Itu je kot ? Haha . Bye - Bye .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design