Sunday, May 22, 2011

Review Filem Pirates of the caribbean : On Stranger Tides


Kali ini Amir nak review filem Pirates of the caribbean : On Stranger Tides . Sebabnya ? Sebab Amir dah tengok , sebab tuh Amir nak review . Bagi Amir , filem tetap memuaskan! Hehe . Sebabnya Amir dah mengikuti filem nie seak dari filem yang pertama lagi . Buat sesiapa yang tidak mengikuti cerita ini dari awal . Mesti tidak akan paham filem yang keempat ni . Sebab ? Sebabnya korang akan tertanya-tanya , " Siapa lak awek nie ? " " Eh ? Kenape Black Pearl ade kat mamat nie ? " Haaa . Seeloknya korang follow dari awal . Supaya korang kenal character-character dia . Dan tidak lah tertanya-tanya .

Filem yang keempat ini banyak unsur cinta , sebab Captain Jack pun in love . Hoho . Lagi satu dengan seorang yang alim pun jatuh cinta dengan ikan duyung . Agak mengarut kat situ . Haha . Barbosa , yang inginkan kapal pelayaran serta krew . Kini dia telah pun memilikinya . Black Pearl ? Haa . Ade dalam botol . Nak tau macam mana ada dalam tuh ? Kene tengok lah . Bagi Amir cerita ini , agak memuaskan walapun aksi tidak sebanyak filem-filem yang lepas .

Cerita kali ini berkisar tentang , pencarian Telaga Abadi yang di percayai dapat memberikan kehidupan yang abadi . Ala , immortality lah konon nie . Jack yang seperti selalu , sudah pun mempunyai peta . Namun dicuri oleh orang kanannya , Gibbs . Dan ada sebuah pihak lagi , iaitu kerajaan Spanyol . Mencari telaga tersebut bagi tujuan pemusnahan . Kerana menganggap ianya sesuatu yang songsang dari kehidupan manusia didunia .   

Secara keseluruhan , jalan cerita , klimaks cerita , dan ending cerita . Masih memuaskan diri Amir untuk tengok . Nak tau kenapa Amir tengok filem nie ? Berbanding Nur Kasih ? Sebabnya , ada yang cakap ending Nur Kasih tak best . So , Amir membiarkan ramai lagi peminat Nur Kasih kat luar sana untuk pergi tengok . Korang-korang yang dah tengok filem Nur Kasih buat lah review tau ? Nak tau gak berbaloi tak Amir pergi tengok ? . Hee ;)

Untuk trailer , boleh clik | Pirates Of The Caribbean : On Stranger Tides


Notes : Bukti Amir dah pergi tengok , Watching movie with my honey ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design