Tuesday, June 21, 2011

I Am Proud To Be The Y135LC Owner


Ye . Agak poyo tajuk entri kali ini . Memang berbangga kerana memilik motosikal jenama Yamaha . Model 135LC . Hehe . Bila cakap naik motosikal je , mesti orang akan cakap , 'mat motor' , 'mat rempit' , 'mat ini , itu lah' . Haishh . Tok imam kat kampung Amir nie pun mat motor tau ? Diorang siap race lagi dengan bilal masjid bile masuk waktu solat . Masing-masing nak sampai cepat kat masjid . Siap tanya Amir lagi tip-tips nak modi motor nak bagi laju . ( Okeh . Itu adalah pembohongan semata-mata )

Baru-baru ini , Amir perasan dah banyak berubah dekat motosikal Amir tuh . Haishh . Tak tau nak cakap lah . Calar balar . Makeup sini sana . Tompok sini . Lebam sana . Tak tau nak cerita lah . Motosikal tuh pun baru tak sampai 2 tahun dah macam-macam kene godek sana sini oleh Amir yang tak reti duduk diam . Haha . Biasa lah selalu main corner je . Sampai longkang pun Amir dah pernah sesah sebab geram nak sesah setiap corner yang ade . Hah . Padan lah muke . Kihkih .

Saja nak update gambar baru motor Amir nie . Takde lah lawa mane . Janji dia boleh bawak Amir samapai ke destinasi yang di tuju boleh lah kan ? Bersyukur . Amin . Amin . Banyak lagi yang Amir nak ubah bagi mantop lagi motosikal Amir nie . Tapi disebabkan buah hati pesan jangan membazir . Sejuk sikit nafsu nie dari terus membazir . HAHA . Thank you 'sayang' ;) . Sini pun sayang saya .


Hah . Itu lah antara paparan motosikal stended gaban keluar kedai punyee . Kih Kih . Rindu pulak dengan rupa motor yg stended ni . Tapi apakan daya . Motosikal dah diubah menjadi seperti ini pula .


Haha . Nampak ? Nampak ? Memang tak reti nak duduk diam-diam Amir nie . Okeh . Okeh . Last . Seyes ini last . Amir baru selesai makeover ride Amir 2 hari lepas . Ini adalah beberapa perubahan setelah excident kat KL hari tuh . Agak teruk jugak . Ini semua sebab Amir yang jiwa muda . Sentiasa nak kat depan je . Ade sorang makcik nie die dah bagi Amir pengajaran iaitu ' lain kali bawak laju-laju lagi ea ? ' HAHA . ( bukan makcik tuh yg cakap tpi bisik hati Amir sendiri ) . Gara-gara mengelak makcik yang masuk lorong tanpa berhenti dan memberi signal =.=' .


Itu sahaja paparan buat kali ini . Buat all riders kat luar sana . Ride safe ya kawan-kawan . Buat kaki-kaki corner marilah kita meleper di dalam trek . Selamat . Jangan sesah corner tak tentu hala . Ok ? Go riders 1 Malaysia .

NOTE : Saya bukan mat motor yg bawak awek rempit sana sini . Sebab motosikal saya boleh dinaiki sorang sahaja . ( single rider beb , poyo sikit . hahaha )

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design