Thursday, June 30, 2011

[ REVIEW FILEM ] Transformers 3 : Dark Of The Moon


Akhirnya penantian Amir untuk tengok filem Micheal Bay bagi siri Transformers yang ketiga termakbul . Semalam 29 Julai 2011 tayangan Transformer 3 : Dark Of The Moon di Malaysia sudah bermula . Demam Transformers yang sudah pun bermula awal lagi makin membuat Amir tidak sabar . Kali ini Amir melihat dalam tayangan 3D . Bagi Amir memang berpuas hati dengan tayangan 3D . Berbaloi dengan harga dan pengalaman yang Amir rasa . Phewwhh . Tak tau nak cakap macam mana tapi memang best . Micheal Bay memang director paling top lah Amir rasa . Tambahan pulak Spiel Berg pun turut membantu.


Keratan tiket Transformers 3 . Pergi tengok dengan adik-adik Amir . Hee ;)
 
 
Poster Transformers 3 : Dark Of The Moon
 
Transformers 3 dibuat adalah untuk merungkai 2 siri transformres . Iaitu Transformers pada tahun 2007 . Dan Transformers 2 : Revenge Of The Fallen . Dimana ia menceritakkan tentang niat asal Megatron . Dimana dia mahu menggunakan all spark kiub & the matrix untuk menjana kuasa bagi menghidupkan bala tenteranya adalah untuk 'teleport' Cybertron iaitu planet transformers ke bumi . Bukannya untuk menaluki bumi .

Pada tahun 1961 , The Ark iaitu kapal yang membawa teknologi teleport bersama kunci penghidup telah terkandas di bulan semasa The Ark cuba pergi jauh bagi mengelakkan teknologi tersebut dirampas pihak Decepticon . Amerika dan Russia berlumba-lumba untuk sampai ke bulan demi mendapatkan maklumat tentang makhluk asing ini . Akhirnya pada tahun 1969 , Apollo 11 telah berjaya mendaratkan  angkawasan . Dimana Amerika yang berjaya melakar sejarah bukan lah semata-mata untuk mencipta sejarah . Tetapi untuk mengutip sampel kapal makhluk asing yang terhempas di bulan .

Optimus yang berang dengan tindakan manusia , menipu tentang sebarang maklumat tentang The Ark . Dia merengus kerana dia kesitu adalah untuk menghalang dari manusia terus membinasakan bumi . Ini diketahui selepas pihak Russia memanggil skuad khas yang di ketuai oleh Lennox bersama Autobots yang untuk merungkai malapetaka di Chernobyl . Dimana mereka menggunakan fuel cell The Ark untuk mengghidup kan pillar teleport tersebut telah di jumpai oleh Optimus . Dimana Decepticon baru jugaa muncul iaitu Shockwave . Bukan itu sahaja . Autoboots juga ada 3 ahli baru . Tak ingat pulak Amir name ape . Die gempak! Pakai blade der . Dia transform menjadi kereta Ferrari . hoho . And ada 2 lagi yang berubah menjadi kereta NASCAR . Memang loading dengan senjata berat .

Namun Sentinel iaitu pemimpin Cybertron yang sebelum ini sebenarnya berpaling tadah . Malah telah membunuh IronHide dan juga memutuskan tangan Optimus . Kesudahan cerita ini adalah ? Hehe . Ape kate korang pergi tengok . Serious berbaloi . HAHA .

Nak cerite ni banyak . Tapi tak seseronok kalau pergi sendiri . Haa . Pergi . Pergi . Amir rate cerita ini . 9.5/10 . So ape lagi ? Huhu . Pergi tengok .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design