Wednesday, June 13, 2012

Entri Baru , Dunia Baru

Kembali semula semangat aku untuk memulakan kembali sesuatu yang telah aku tinggalkan sejak sekian lama dulu . Iaitu , bermadah bicara melalui huruf-huruf yang digabung menjadi satu perkataan , satu ayat dan akhirnya akan menjadi sebuah karya . Aku yang kini mahukan perubahan baru dalam hidup aku yang tidak mungkin sama seperti dulu kerana aku mahukan sesuatu yang jauh lebih baik daripada dahulu .

Kini , aku sudah kembali bersama-sama dengan dunia baru aku demi terus berjuang menghadapi hari-hari sepanjang kisah perjalanan hidup ku . Aku mahu menjadi lebih berani , lebih matang , lebih ilmu didada supaya aku berjaya menempuh liku-liku kehidupan aku di dunia realiti ini . Bukan sekadar hanya fantasi yang dicipta dan semata-mata hidup di dalam imiginasi aku tetapi ia benar-benar di dunia aku . Akan aku terus melangkah , menempuh , menyahut segala cabaran yang mendatang .

Aku kembali pulang ke dunia yang pasti :)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design