Showing posts with label Gambar. Show all posts
Showing posts with label Gambar. Show all posts

Monday, November 8, 2010

Liverpool Vs Chelsea ? Mak cik cari gaduh ? Apa sudah jadi ?

VS

Kihkih . Liverpool menang beb . 2 - 0 . F. Torres sumbat dua biji gol . Apehal tetibe pulak Amir sokong Liverpool nie kan ? Padahal fans Man United . Hehehe . Bukan apa , saja nak cerita pengalaman yang menyakitkan hati tengok bola . Pertama kali kot ? . Memang rasa tak puas hati sangat-sangat . Ada ke tengah Amir ngan geng syok layan bola . Ada sorang makcik nie tutup TV , selambe derk ? Padahal ada lagi 20 minit time play kot ? Grrrr . Kurang ajar gile kowt mak cik nie . Geram je rasenyer . Haaaa . Nie yang nak cerita nie .

Macam ni , mula-mula memang dah tau game tuh , tpi disebabkan perasaan ragu-ragu dengan game tuh , so takde niat nk tngk game awal-awal . Nak pergi tengok 2nd half je . Skali dengar sorakan yang power gile . Sampai Amir ngan geng2 terus check livescore . Sekali tengok F. Torres golkan!! . Apa lagi kelam kabut siap-siap nak pergi tengok lah . Halangan pertama dia , pergi satu lah kedai ni . Dah tutup pulak kata pelayan nyer . Alahai , apa lah salahnya nak tngk bola je pon . Minum air je pun . Pun susah , ini lah orang melayu berniaga macam nie . Pergi kedai kedua pula , skali padat macam ada kenduri daa . Tpi bagus , bangla tuh siap jemput duduk lagi walaupun kedai dia dah takda tempat . Last-last ada tempat duduk tapi kedudukan pulak lah tak syiok . Jauh dari kotak berwarna tuh . Hehehe . TV lah ;)

Pergi kedai seterusnya , pun sama jugak . Haishh . Betapa banyak rintangan betul nak tengok match malam ni . Akhirnya dah giveup , nak balik je hostel rase nya . Skali ada satu kedai ni , tak ramai orang . Lega . Terus lepak situ . Order minum . Layan punya layan . Dah 2nd half . Geng-geng lapar , pun order makan . Dah habis makan . Sambung tengok bola . Skali minit ke 70 . Makcik ni tutup speaker . Pelik jugak asal lah tutup kan ? Pastu , makcik tuh pun tekan-tekan butang volume sampai maximum. Rasa lega hati . Tapi makcik tuh skali tutup terus TV tuh ? Hadoi . Daring nye ini makcik?  Tercengang semua pelanggang yang ada ? Sakit hati kot ? Takda mulut ke nak cakap elok-elok ngan pelanggan yang dia betul-betul nak tutup kedai ? Memang lah kiteorang nampak dia dah kemas-kemas nak balik . Paling kurang pun , cakap lah dengan pelanggan elok-elok . Sebagai contoh ,
"Saya nak balik dah ni , kedai pun dah tutup . Mintak maaf ye ? "
Tak boleh ke ? Kita orang melayu , ada adat kan berbudi bahasa . Tambahan pelanggan pulak tuh . Memang menyirap geng-geng Amir . Lepas makcik tuh tutup je TV . Terus panggil geng-geng belah angkat bontot masing-masing . Grrrr . Memang menyirap . Memang kene sumpah cukup-cukup kedai tuh . Haaa . Rasakan kena sumpah gile-gile kedai uh . Ayie , geng Amir cakap ,
" What goes around , comes around "
Hahaha . Besok Amir ambil gambar kedai tuh . Kedai tu dekat Kg. Baru . Jalan Raja Alang . Marah punye pasal . Memang kene cukup-cukup kedai nie . So entri ni nak bagi peringatan kat pemilik kedai makan yang ada kat Malaysia ni . Treat lah pelanggan anda baik-baik . Sebab kalo layanan baik , servis bagus . Pelanggan takkan lari punya maaa . Bukan pakai modal pun , mulut manis sudah lah . Dah jadi macam ni ? Tak ke rugi je taukeh kedai tuh ? Free dapat review 'baik' punya dari Amir . Hahaha . So , tunggu  besok nyer update . upload gambar kedai . Chahahah . Rasakan .

Nota Kaki :
i - Kedai mamak lagi maju berbanding kedai melayu sebab ini lah , kalau korang nak tau . Servis mamak ade kelas .
ii - Kedai mamak lagi banyak cawangan sebab profit diorang semakin bertambah . Sbab ramai orang tengok bola kat kedai die .
ii - Kedai melayu macam Amir pergi ni ? Makin surut ler . Sebab siapa nak pergi kedai tuh lagi kalau dah tau layanan buruk kan ? haaaa . 

Thursday, October 14, 2010

Guru Cuba Edar Gambar Bogel Ditahan

BETONG: Seorang guru sukan sekolah menengah di Spaoh dekat sini, ditahan polis petang kelmarin, selepas didakwa cuba menyebarkan gambar bogel teman wanitanya yang kini sedang menuntut di Tingkatan Enam di sekolah tempat suspek bertugas.

Suspek yang pernah menjadi guru kepada mangsa dipercayai menjalin hubungan cinta dengan anak muridnya itu sejak 2008 dan mengugut menyebarkan gambar yang dirakam setiap kali mereka mengadakan hubungan seks selepas mangsa mahu memutuskan hubungan.

Menurut sumber, suspek, 34, menghantar SMS ugutan kepada mangsa berusia 18 tahun, sama ada membatalkan niat memutuskan hubungan mereka atau gambar bogelnya akan disiarkan dalam laman sosial, Facebook.
"
Suspek ditahan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Betong selepas mangsa membuat laporan polis petang Isnin lalu akibat tidak tahan diugut.

“Hubungan seks antara suspek dan mangsa mungkin berlaku atas dasar suka sama suka, namun perbuatan suspek yang sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak berusia sebulan, mengugut mahu menyebarkan gambar bogelnya menyebabkan mangsa ketakutan.

“Suspek dikatakan merakam aksi mereka mengadakan hubungan seks setiap kali bertemu dengan mangsa di rumahnya. Mangsa turut mendakwa diugut sekiranya enggan mengadakan hubungan seks dengan suspek,” katanya.

Difahamkan, selain mangsa, guru lelaki yang berasal dari negeri ini, turut mempunyai hubungan dengan beberapa wanita lain berdasarkan beberapa gambar bogel wanita lain dikesan dalam telefon bimbit dan komputer ribanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan Mohd Bukhori Saffai yang dihubungi Berita Harian, mengesahkan suspek direman selama lima hari bagi membantu siasatan selepas menerima laporan dari seorang pelajar.

Kes itu difahamkan disiasat mengikut Seksyen 507 Kanun Keseksaan kerana kesalahan menakutkan secara jenayah yang boleh membawa hukuman penjara maksimum dua tahun. - Berita Harian

Apa kes ni ? Macam-macam dunia sekarang . Guru tinggi darjatnya kerana tugasnya untuk mendidik anak bangsa . Tapi sekarang lain jadinya . Cubaan mengugut seorang pelajar nya sendiri mengundang bencana . Dia akhirnya di tahan . Bukan seorang je . Ramai lagi kekasih gelapnya kat luar sana . Selepas pihjak polis buat pemeriksaan lanjut ada banyak lagi gambar guru tersebut dengan orang lain . Aksi panas dirakam nya, Buat kerja mengarut lagi . Hahaha . Padan muka kena tangkap .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design