Showing posts with label Google Chrome. Show all posts
Showing posts with label Google Chrome. Show all posts

Thursday, January 27, 2011

[ Plugins ] Facebook PhotoZoom for Firefox

Yeah . Yeah . Yeah . Setelah sejenak masa Amir tinggalkan blog Amir yang tak berapa nak hot ni terbiar dan terbengkalai tanpa sebarang update . Argh . Tidak kusangka tahun akhir pembelajaran adalah satu penyeksaan . Haha . Bukan semester yang terakhir tapi tahun yang terakhir .

Kali ni Amir nak share satu add-on untuk internet browser korang semua . Sesiapa yang pakai chrome Amir rasa mereka pun sudah mengenali dan mengetahui akan pekara ini . Maklumlah , Google Chrome sentiasa update extension addon setiap masa . Tak macam firefox , sesetengahnya memerlukan installation terlebih dahulu .

Ape itu plugin Facebook PhotoZoom ? Haa . Ia menunjukkan gambar yang ada di Facebook seperti profile picture , dan lain-lain gambar hanya dengan meletakkan cursor mouse pada sebarang gambar yang kita mahu lihat tanpa click pada gambar tersebut . Mudah dan BEST! HEHE . Tegok skrin tembak yang Amir bagi kat bawah . HEHE ;)


Amacam ? Cun kan ? HEHE . Amir rase bende ni dah ketinggalan dah nie . Tapi saje nak update jugak . Ngeee . Nak dapatkan plugin ini ? Klik kat bawah .

Saturday, January 8, 2011

Nike Dunk ? Awesome!


Argh . Dah beberapa hari Amir terpaksa membiarkan blog Amir ini sunyi sepi tanpa sebarang update . Banyak pekara yang perlu Amir uruskan . Sebab Isnin dah mula kelas . Daftar masuk hostel , Beli barang kelengkapan itu ini . Wargh . Penat-penat . Dan satu lagi cabaran , P1 Wimax Amir masih dalam tahanan . Sebab tak bayar lagi . Hehe . Tapi nasib baik lah jiran sebelah bagi pinjam Stimix die . Hohoho .

Dah melebih pula . Nampak tak gambar kat atas ? Entri kali ini adalah tentang kasut Nike Dunk ! Owh ! DAMN ! Sumpah lawa , design-design yang Amir tak pasti ada dipasaran atau hanya rekaan semata-mata . Yang paling meraik bagi Amir adalah yang design GOOGLE . Haha . Color dia cun lah weyh ! Banyak lagi . 

Sebenarnya Amir dapat gambar ini dari roomate Amir . Dia yang bagi Amir tengok . Owh . Sungguh cantik-cantik . Kalau siapa-siapa ada jumpa . Please tolong sangat-sangat bagitau kat Amir kat mana ada Nike Dunk yang ada pattern macam ni . Hehe . Kalau ada lah . Mesti RARE ! DAMN ! Design dalam gambar ini semua cute-cute lah weyh ! Nak semua lah macam ni . HEHE .

Monday, September 20, 2010

Apa kes nie ? Banyak kes sudah ni .

Baru-baru ini gempar banyak blog dan website disyaki mengalami serangan malware . Jangan risau , itu semua mesti berpunca daripada sesuatu . Dan ada yang dikesan kerana blog tersebut mempunyai pautan manga ads ,dan lain-lain . Ia hanya dikesan melalui browser sahaja . Walaupun Amir memasang Kaspersky Internet Security , aplikasi tersebut tidak mengesyaki sebarang kegiatan malware pada website-website tersebut . Ternyata ia hanya palsu / dan mungkin ada masalah disebalik kejadian ini . Siapa-siapa programmer yang agak-agak tau masalah ini ? Mari membantu selesaikan kes ini .


ScreenShoot diambil semasa mengunakan browser Google Chrome , Terima Kasih .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design