Showing posts with label Intro. Show all posts
Showing posts with label Intro. Show all posts

Wednesday, September 1, 2010

OH! My Babe

Tajuk je lain macam sikit. Hehe. Motor Amir lah Babe tuh. Amir mana ada awek nak berkasih madu. Ada pun motor Amir lah nak layan perasaan pun. Dia saja lah yang setiap ditunggang oleh Amir. Heee. Dia Si Puteh tau? Hee. Dah lama ngidam motor nie sebernarnya. Ada jugak rezeki dari berkat kesabaran menunggu habis sekolah.  Dah masuk Universiti. Belajar semester kedua baru dapat. Hee.

29 Disember 2009 , mula 'couple' ngan Si Puteh.


Sekarang, sedikit penambahan dibuat pada Si Puteh, bagi MANTAP!! :)


P/S : Kepada Amirul sahabat kuh. Kau jangan jeles tau? hehehe. Aku tau kau nk jugak LC. nnt slow talk dengan your mother. mintak untuk raye nnt :]

Ramadhan Al-Mubarak 1431 Hijrah

Bulan puasa tahun 2010 , penuh dengan dugaan. Amir terpaksa membuat satu blog baru bagi menggantikan yang lama. Ini kerana gara-gara kecuaian Amir dengan tidak sengajanya telah 'mendelete' Google Account Amir semasa hendak memadam email yang diattach pada account google tersebut. Secara tidak langsung blog Amir juga didelete dengan serta merta dan tidak boleh direcover semula. Tidak mengapa. Apa salahnya jika permulaan baru dibuat. Bukan? Membaiki kelemahan yang ada. Memantapkan kelebihan.

Namun begitu Ramadhan kali ini dapat Amir laluinya dengan penuh keseronokan. Walaupun berpuasa sendirian dan berjauhan dengan keluarga. Tinggal beberapa hari sahaja lagi Aidilfitri akan menjelma. Persiapan Amir meraikan Aidilfitri kali ini hanya sekadar serba sedikit. Kerana Amir membiarkan adik-adik Amir gembira dapat baju baru yang banyak untuk raya tahun ini. Semua itu telah Amir lalui bertahun-tahun yang lepas. Raya sahaja nak baju baru banyak-banyak. Kalau tak banyak rasa nak menangis tengok orang lain pakai cantik-cantik.

Disempena bulan yang mulia ini Amir ingin mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua muslimin & muslimat. Hayatilah 10 malam terakhir Ramadhan. Sesungguhnya malam 7 Likur itu penuh dengan keberkatan dari Allah S.W.T buat umat-umatNya yang betul-betul bertakwa.

E-Card Raya buat pembaca semua, khas  dari Amir ^-^

My New Blog Site


Blog Amir yang lama telah terdelete dengan tidak sengaja. Agak menyesal kat situ. Hope kawan-kawan semua follow blog Amir yang baru ini. Kerja-kerja meng'restore' kembali isi-isi dari blog lama sedang digiatkan. Hanya 40% sahaja yang dapat diselamatkan. [-.-]'

PLEASE COME AGAIN. TQ!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design