Sunday, September 19, 2010

M. Rajoli Meninggal Dunia


PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital
Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif. Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini. M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din. - Mstar.com.my

Satu lagi pemergian seniman negara kita , M. Rajoli . Anak kelahiran Negeri Kelantan ini disemadi di Tanah Perkuburan Islam Keramat . Kelihatan ramai saudara serta rakan-rakan mengikuti bagi melaksanakan pengkebumian beliau . Mari sama-sama kita sedekah Al-Fatihah buat beliau , semoga ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman . Amin .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design