Monday, October 4, 2010

Alhamdulillah

Alhamdulillah , sempat jugak . Hehe . Macam biasa lah hidup sebagai seorang pelajar . Bagun pagi , solat subuh pastu sedia nak ke kelas bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pelajar . Bagun pagi , senyap je . Tak macam kat kampung , pagi2 lagi dah bunyi deruman scrambler . Mau pekak telinga kalo lalu kat sebelah . Semuanya bergegas ke kebun masing-masing kalau kat kampung tuh . Kuala Lumpur aka KL ? Deruman kete orang pergi keje . Haha . Peak hour jangan ada hati lah nak pergi mana-mana dengan tergesa-gesa . Kereta terlalu bnyk . Rasa nye KL lah bandar yang paling banyak kereta rasanya .


Pagi ini terjaga bangun sebab kakak ku menelefon pepagi lagi . Menyatakan beliau sudah berada di KL . Haishh . Ingat dia datang KL petang daa . Dia nak ambil jubah kat Kampus saya nieh . Dia seorang pelajar UniKL juga . Tetapi didalam aliran Marine . Perkapalan . Amir dalam bidang IT . Konvo UniKL kali ni buat kat Putrajaya . Tapi semua pelajar kena datang UniKL MiiT aka City Campus ambil jubah dan sedikit taklimat tentang konvo 2010 ni .

Tahniah kakak ku kerana berjaya mendapat diploma anda dengan cemerlang . Harap-harap anda doakan adik anda ini juga . Hehehe . Kepada graduan-graduan UniKL yang lain . Tahniah kepada anda semua yang berjaya meletakkan nama di senarai pelajar-pelajar yang bakal memegang sijil diploma anda ya . Selamat Maju Jaya .

 P/S : Siti Fatehah Binti Tajudin , Kakak saya ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design