Saturday, January 1, 2011

[Tip] : 7 Cara Menjaga Ketahanan bateri Laptop Anda


Bateri laptop akan hilang ketahanannya jika anda sering kali mengecas laptop . Asal ada soket free . Pantang geram nak cas kan ? Hehe . Amir ada sedikit tips nak kongsi dengan blogger semua . Atau lebih tepat amalan yang Amir amalkan untuk menjada bateri laptop Amir sendiri .

1 . Defrag - Semakin laju hard disk anda bekerja atau berputar . Semakin banyak kuasa bateri akan diguna bukan ? Jadi kerap defrag laptop anda demi memastikan kelancaran hard disk anda . Bagi memastikan hard disk anda bekerja secara normal . Sekiranya anda menggunakan Mac OS . Tidak perlu defrag . Sebab , Mac OS memang dibina dengan kecekapan defrag yang amat bijak sekali .

2 . Rendahkan kecerahan skrin - Ataupun mudah erti kata dim kan skrin laptop anda semasa mengunakan laptop bersama bateri . Kenapa ? Sebab kurang penggunaan tenaga dan akan membolehkan bateri itu tahan lebih lama untuk penggunaa dan membuatkan anda tidak kerap mengeasnya kembali .

3 . Matikan program yang running secara tersembunyi - Contoh antaranya adalah YM , Winamp , sidebar widget dan macam-macam lain . Dengan ini akan mengurangkan penggunaan CPU serta mengurangkan tenaga yang dipakai . Atau macam Amir buat . Semasa Amir menggunakan laptop bersama bateri . Amir hanya buka aplikasi yang diperlukan . Amir tutup sebarang aplikasi yang tidak dipakai .

4 . Jangan menggunakan external devices - Antara nya USB mouse , USB hard disk . Kerana devices ini memerlukan tenaga yang banyak untuk berfungsi dengan tidak sengajanya akan menyebabkan penggunaan tenaga bateri amat besar . Tambahan pula siapa yang memiliki ipod . Mesti selalu sambungkan ipod pada laptop bukan ? Lagi lah macam arus deras tenaga yang dipakai sekiranya ipod disambungkan pada laptop yang menggunakan kuasa bateri . Dan turn off WIFI anda sekiranya tidak menggunakan sambungan wireless .

5 . Tingkatkan Memori RAM - Dengan ini penggunaan virtual memori akan berkurangan sekiranya nilai memori RAM anda besar . Tak faham ? Virtual memori terbentuk didalam HDD anda . Dimana akan menyebabkan penggunaan HDD yang melampau sekiranya memori RAM anda terlalu kecil . Dan akan menyebabkan HDD anda berputar dengan laju .

6 . Simpan bateri laptop anda - Hehe . Bukan Amir suruh simpan tak pakai terus . Tetapi , simpan bateri laptop anda ditempat yang berhawa dingin atau bersuhu rendah . Jangan sesekali membiarkan ia terdedah pada suhu tinggi atau panas yang melampau . Sebab kadang-kadang Amir nampak ada sesetengah pengguna laptop yang letak bateri bersebelahan laptop dimana kedudukan betul-betul di sebelah heat sink (cuba rasa belah tepi atau belakang ada satu saluran yang mengeluarkan haba panas) . Dan ada juga yang menggunakan nya sebagai alas untuk laptop dengan meletakkan nay untuk menongkat laptop dari terus mendatar diatas lantai/meja . Selalunya pengguna melakukan ini semasa menggunakan di atas bantal / tilam . Betul kan ? Jadi elakkan ya ? Hee .

7 . Tanggalkan bateri anda semasa anda menggunakan Direct Current - Plugin charger anda dan menggunakan laptop anda tanpa bateri berada di laptop anda . Macam tak biasa pulak kan ? Hehe . Ini disarankan buat pengguna tegar laptop seperti Amir nie ha . Sebab kadang-kadang berhari-hari Amir tak turn off laptop Amir . Kalau biar 24 seven bateri kat laptop . Silap haribulan ada yang meletup . Haa .

2 comments:

Ian said...

Betul2...cuma kat kolej saya, selalu tak da elektrik...So kalau on laptop guna eletrik ja tanpa bateri....agak membahayakan keselamatan laptop jika tetiba bekalan elektrik putus...hahaha..

Amir said...

@Ian

Hehe . Kes itu nampak nyer lagi bahaye . Kene pakai UPS :P

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design