Wednesday, January 5, 2011

Sekolah Habis Bekalan Buku Latihan ?


Tadi Amir kena pergi jemput adik Amir , Hadi di sekolah dia . Serta dengan niat untuk membeli buku latihan dan baju sukan untuk dia yang masih belum beli semasa hari pertama persekolahan 2 hari lepas . Satu kejadian yang buat Amir mengimbau kembali Amir di zaman persekolahan dulu . Hehe . Geli hati kadang-kadang , alahai betapa kurang bijaknya aku dahulu . Dengan perangai budak hingusan . Haha . Lawak Lawak . Namun begitu , isu yang Amir nak timbulkan sebenarnya ialah kekurangan stok buku latihan yang di jual di koperasi sekolah ? Bukan sebab Amir berhingus ke ape dulu . Haha .

Adakah ini satu kebetulan atau di sengajakan ? Amir rasa sudah hampir 2 tahun lebih Amir meningggalkan alam persekolahan . Tetapi masalah ini masih wujud ? Memang semua sekolah macam tuh atau sebaliknya ? Membuat Amir tertanya-tanya . Apa kah punca masalah sebenarnya kes ini ?

Mustahil pihak sekolah tidak tahu berapa ramai pelajar yang akan mendaftar bukan ? Kenapa tidak melebihkan stok buku ? Kerana kes ini akan membuat pelajar keciciran sedikit dalam pembelajaran . Sebabnya guru sudah mula mengajar , tetapi buku latihan masih tiada ? Macam mana benda macam ini boleh berlaku ?

Amir masa sekolah dulu memang ada saja masalaha macam ini . Amir selaku pengawas koperasi , selalu simpan buku-buku untuk Amir dan geng terlebih dahulu . Siapa lambat , tak dapat . Hahaha . Agak kejam macam tuh . Tapi Cikgu Amir cakap . Buku memang diorder mengikut jumlah pelajar . Malah lebih ? Aih . Tak cukup juga ? Ada yang beli lebih ke ? Tak nak orang lain pandai ? Haha . Lawak betul lah kes ini sebenarnya .

Walau pun macam tuh . Bagi Amir sebenarnya , atas dasar pelajar itu sendiri . Sebab selalunya , koperasi akan mula menjual buku sekolah 1 minggu sebelum sesi persekolaha bermula . Betol kan ? Jangan nak tipu lah . Rata-rata sekolah macam itu punya . Amir tau sebab Amir pun sekolah . Haishh . Cuba lah pergi belia awal-awal . Ini tak , yang tau nak cuti sampai betul-betul hari terakhir . Dah besok nak sekolah baru lah tergesa-gesa nak cari buku lah , itu lah ini lah . Haa . Cube displinkan diri sendiri sikit . Hehe .

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design