Showing posts with label 2011. Show all posts
Showing posts with label 2011. Show all posts

Wednesday, July 6, 2011

KL Gangster (2011) DVDRip


Mengisahkan dua beradik yang telah terjebak di dalam dunia gangster, seorang bernama Malek dan seorang lagi Jai. Si abang iaitu Malek telah dipenjarakan selama 5 tahun akibat dikhianati oleh kumpulannya sendiri yang didalangi oleh Shark anak tiri kepada King, iaitu ketua kongsi gelap yang paling berpengaruh di KL. Bagi Malek setelah dibebaskan beliau ingin mengubah persepsi kehidupan serta menjauhkan diri dari kehidupan hitam sebagai ahli kongsi gelap.

Menjalani rutin kehidupan biasa sambil menjaga ibunya yang dah tua tapi sebagai bekas banduan yang dipandang serong oleh masyarakat adalah agak sukar dia menjalani kehidupan seperti biasa. Beliau sering diganggu oleh gangster-gangster lain yang masih berdendam dengan beliau sehingga King tampil menghulurkan bantuan untuk Malek memulakan kehidupan baru. King mengarahkan orangorangnya supaya tidak menganggu kawasan Malek dan ini amat tidak disenangi oleh anak tirinya Shark yang ingin menjadi “Raja” di KL ini. Berlainan pula dengan kehidupan adiknya yang masih hanyut dibuai kemewahan hidup di dalam dunia gangster.
Bagi Jai kemewahan hidup adalah segalanya dan ini hanya boleh dicapai dengan dunia hitam yang diceburinya sekarang. Dia sanggup melakukan apa saja demi wang dan kuasa. Jai antaraorang kuat Shark dalam apa saja misi yang Shark lakukan. Jai lah orangnya yang akan tampil ke depan untuk merealisasikan apa jua yang diarahkan Shark. Sayap Shark semakin berkembang. Tapi dengan kemunculan Malek, Shark terasa semakin tergugat. Beliau terasa tercabar. Berbagai cara dilakukan untuk menjatuhkan Malek tetapi sentiasa dipatahkan oleh ayah tirinya King yang sering membela Malek yang dianggap sebagai sahabat.

King kurang senang dengan karenah Shark yang sentiasa mencetuskan perbalahan yang membabitkan kumpulan-kumpulan gelap yang lain. Ini membuatkan hubungan anak beranak ini semakin dingin. Kerana tamakan kuasa Shark mula berdendam dengan ayahnya beserta Malek. bagi Shark, Maleklah punca segalanya. Dengan itu, Shark mengarahkan Jai untuk menghapuskan abangnya. Disinilah bermula konflik diantara saudara dan kesetiaan keluarga dan kumpulan… Nyawa atau harga diri. Dimanakah penghujung pertempuran mereka…segala-galanya akan terjawab dalam “KL GANGSTER”.
 
 
Release Date: 09 June 2011
Language: Malay
Subtitle: English HardSubbed
Genre: Action
Running Time: 1 Hour 21 Minutes
Director: Syamsul Yusof
Cast: Syamsul Yusof, Aaron Aziz, Zizan, Ridzuan Hashim
 
 
HOTFILE
FILESONIC
UPLOAD STATION 
FILSERVE
  Amir bukan uploader cerita ini , amir hanya copy entry yang dibuat oleh anonymous : sumber

Wednesday, January 5, 2011

Sekolah Habis Bekalan Buku Latihan ?


Tadi Amir kena pergi jemput adik Amir , Hadi di sekolah dia . Serta dengan niat untuk membeli buku latihan dan baju sukan untuk dia yang masih belum beli semasa hari pertama persekolahan 2 hari lepas . Satu kejadian yang buat Amir mengimbau kembali Amir di zaman persekolahan dulu . Hehe . Geli hati kadang-kadang , alahai betapa kurang bijaknya aku dahulu . Dengan perangai budak hingusan . Haha . Lawak Lawak . Namun begitu , isu yang Amir nak timbulkan sebenarnya ialah kekurangan stok buku latihan yang di jual di koperasi sekolah ? Bukan sebab Amir berhingus ke ape dulu . Haha .

Adakah ini satu kebetulan atau di sengajakan ? Amir rasa sudah hampir 2 tahun lebih Amir meningggalkan alam persekolahan . Tetapi masalah ini masih wujud ? Memang semua sekolah macam tuh atau sebaliknya ? Membuat Amir tertanya-tanya . Apa kah punca masalah sebenarnya kes ini ?

Mustahil pihak sekolah tidak tahu berapa ramai pelajar yang akan mendaftar bukan ? Kenapa tidak melebihkan stok buku ? Kerana kes ini akan membuat pelajar keciciran sedikit dalam pembelajaran . Sebabnya guru sudah mula mengajar , tetapi buku latihan masih tiada ? Macam mana benda macam ini boleh berlaku ?

Amir masa sekolah dulu memang ada saja masalaha macam ini . Amir selaku pengawas koperasi , selalu simpan buku-buku untuk Amir dan geng terlebih dahulu . Siapa lambat , tak dapat . Hahaha . Agak kejam macam tuh . Tapi Cikgu Amir cakap . Buku memang diorder mengikut jumlah pelajar . Malah lebih ? Aih . Tak cukup juga ? Ada yang beli lebih ke ? Tak nak orang lain pandai ? Haha . Lawak betul lah kes ini sebenarnya .

Walau pun macam tuh . Bagi Amir sebenarnya , atas dasar pelajar itu sendiri . Sebab selalunya , koperasi akan mula menjual buku sekolah 1 minggu sebelum sesi persekolaha bermula . Betol kan ? Jangan nak tipu lah . Rata-rata sekolah macam itu punya . Amir tau sebab Amir pun sekolah . Haishh . Cuba lah pergi belia awal-awal . Ini tak , yang tau nak cuti sampai betul-betul hari terakhir . Dah besok nak sekolah baru lah tergesa-gesa nak cari buku lah , itu lah ini lah . Haa . Cube displinkan diri sendiri sikit . Hehe .

Friday, December 31, 2010

Berakhirnya sudah 2010


Alhamdulillah . Cukup sudah 2010 berada di penghujungnya . Dan yang paling best entri penutup tahun 2010 cukup-cukup 100 post dari Amir . Hehe . Macam nombor bertuah pulak 100 nie . Sekian sudah tahun 2010 berlalu . Selamat datang wahai tahun baru , 2011 .

Sebenarnya Amir takda mood nak sambut tahun baru . Sebab , 1 Muharram hari tuh dah sambut tahun baru . Dah azam baru . Haaa . Lagi pun kan lebih elok kita sambut tahun baru Islam . Tak gitu ? Hehe . Amir buat entri penutup ini saja tak nak lepas peluang buat entri penutup macam blogger yang lain . Ape salah nyer kan-kan ?

Amir ingin mengucapkan jutaan terima kasih buat follower yang sentiasa follow blog Amir yang tak berapa nak meletop ini . Dan juga kepada para bloger yang comment kat entri-entri Amir . Selamat tahun baru Amir ucapkan pada semua . Harap-harap korang dah ada azam baru masing-masing . Ataupun ada yang postpone azam tahun lepas ke tahun baru nie . Hehe .

Azam Amir tahun ini , nak buang semua tabiat tak elok . Biasa lah . Makin lama-makin tua . Takkan nak berperangai macam budak-budak lagi . Kene lah matang ? Btol ? Hehe . Then nak cari awek kowt ? Hahaha .Biasa lah belum ketemuan jodoh nyer . Kalau takde lagi tahun 2011 nie . Tunggu 2012 pulak . Mane lah nak tau kan ? Hehe . Lepas tuh , studies pun nak improvedkan lagi . Dah tak boleh nak main game sangat . Nak cuba kawal ketagihan main game dengan asyik ngadap FB je . Hehe .

Dan yang paling penting , Amir nak cuba tingkatkan lagi hasil penulisan kat blog ini . Mungkin lebihkan bahan bacaan yang lebih ilmiah . Kongsi-kongsi ilmu bagi semua tahu . Hehe . Semua doakan Amir ye . Salam buat semua dari Amir ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design