Saturday, February 12, 2011

[Tutorial] How To Hack Nokia Symbian S60V5 via Helloox2


Disebabkan Amir memilik Nokia C6-00 dimana perisian berasaskan Symbian S60V5 telah mendorong Amir untuk membuat tutorial ini . Amir telah mula mengkaji serta menjumpai beberapa penemuan yang agak manfaat buat penguna telefon bijak yang berasaskan Symbian S60V5 . Ia adalah cara untuk meng'hack' telefon bimbit bijak anda supaya anda boleh memasang sebarang aplikasi pada telefon bimbit anda sama ada yang sudah di crack atau pun belum dengan senangnya . Dan anda tidak perlu sign sebarang cert supaya anda boleh memasang aplikasi tersebut .

Pada sesiapa yang pakai telefon bijak yang berasaskan S60V5 mesti tau apa maksud Amir bukan ? Dah banyak yang buat tutorial tentang cara meng'hack' mengunakan Helloox2 . Tapi Amir tetap nak buat jugak sebab Amir nak berkongsi pengalaman serta langkah-langkah yang Amir buat bagi menjayakan prosess meng'hack' telefon bijak Amir ini .

Sebelum memulakan proses meng'hack' telefon bimbit anda . Terdapat beberapa perisian yang perlu anda download terlebih dahulu . Sila klik pada link di bawh untuk mendownload .

Software needed :
1. Hellox2 V2.03(Unsigned)
2. FreeSigner

Setelah selesai mendownload kedua-dua aplikasi tersebut . Anda perlu request untul certificate bagi telefon bijak anda . Dengan klik pada OPDA . Anda akan dibawa terus ke website tersebut . Register kemudian login untuk meminta certificate buat telefon bijak anda . Masukkan EMEI telefon bijak anda dengan betul untuk memastikan anda berjaya ke langkah yang seterusnya . ( masukkan *#06# untuk mendapatkan EMEI ) . Setelah selesai , download certificate & key yang telah diberi .

Note : Proses untuk meminta certificate mengambil masa selama 2 jam atau lebih . Harap Maklum .

Setelah anda selesai dengan certificate dan key . Anda boleh lah memulakan proses sign aplikasi Helloox2 supaya anda boleh memasangnya pada telefon bijak anda . Langkah seterusnya . Pasang aplikasi FreeSigner pada telefon bijak anda . Kemudian letakkan perisian Helloox2 berserta dengan certificate dan key kedalam telefon bijak anda . Mulakan perisian FreeSigner menggunakan telefon bijak anda . Kemudian pilih pada add task > pilih aplikasi Helloox2 . Kemudian pergi pada setting . Pilih certificate dan key . Akhir sekali klik pada Go! . Dan boleh lah anda memasang perisian Helloox2 pada telefom bimbit anda . Bagi memudahkan anda semua sila lihat gambar dibawah .






Mulakan perisian Helloox2 yang telah dipasang dan mulakan dengan "hack telefon bimbit anda" . Tunggu beberapa ketika dan . Siap . Anda telah berjaya meng'hack' telefon bimbit bijak anda . Tahniah ;)

Nota Kaki : Sekiranya anda mempunyai masalah dan sebarang kesulitan comment saja pertanyaan anda . Amir akan cuba membantu anda ;)

2 comments:

Muhammad Zulshaffikka said...

kalau dah da freesigner,plu hack lg ke?

Admin said...

@Muhammad Zulshaffikka

Tak payah . Sebab free signer pun salah satu proses hack . dimana kita hack installer . Tapi leceh lah setiap kali nk install apps baru kene hack dulu . kalau dah hack telefon awal2 . Semua apps boleh install terus je ;)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design