Showing posts with label Nokia C6. Show all posts
Showing posts with label Nokia C6. Show all posts

Saturday, February 12, 2011

[Tutorial] How To Hack Nokia Symbian S60V5 via Helloox2


Disebabkan Amir memilik Nokia C6-00 dimana perisian berasaskan Symbian S60V5 telah mendorong Amir untuk membuat tutorial ini . Amir telah mula mengkaji serta menjumpai beberapa penemuan yang agak manfaat buat penguna telefon bijak yang berasaskan Symbian S60V5 . Ia adalah cara untuk meng'hack' telefon bimbit bijak anda supaya anda boleh memasang sebarang aplikasi pada telefon bimbit anda sama ada yang sudah di crack atau pun belum dengan senangnya . Dan anda tidak perlu sign sebarang cert supaya anda boleh memasang aplikasi tersebut .

Pada sesiapa yang pakai telefon bijak yang berasaskan S60V5 mesti tau apa maksud Amir bukan ? Dah banyak yang buat tutorial tentang cara meng'hack' mengunakan Helloox2 . Tapi Amir tetap nak buat jugak sebab Amir nak berkongsi pengalaman serta langkah-langkah yang Amir buat bagi menjayakan prosess meng'hack' telefon bijak Amir ini .

Sebelum memulakan proses meng'hack' telefon bimbit anda . Terdapat beberapa perisian yang perlu anda download terlebih dahulu . Sila klik pada link di bawh untuk mendownload .

Software needed :
1. Hellox2 V2.03(Unsigned)
2. FreeSigner

Setelah selesai mendownload kedua-dua aplikasi tersebut . Anda perlu request untul certificate bagi telefon bijak anda . Dengan klik pada OPDA . Anda akan dibawa terus ke website tersebut . Register kemudian login untuk meminta certificate buat telefon bijak anda . Masukkan EMEI telefon bijak anda dengan betul untuk memastikan anda berjaya ke langkah yang seterusnya . ( masukkan *#06# untuk mendapatkan EMEI ) . Setelah selesai , download certificate & key yang telah diberi .

Note : Proses untuk meminta certificate mengambil masa selama 2 jam atau lebih . Harap Maklum .

Setelah anda selesai dengan certificate dan key . Anda boleh lah memulakan proses sign aplikasi Helloox2 supaya anda boleh memasangnya pada telefon bijak anda . Langkah seterusnya . Pasang aplikasi FreeSigner pada telefon bijak anda . Kemudian letakkan perisian Helloox2 berserta dengan certificate dan key kedalam telefon bijak anda . Mulakan perisian FreeSigner menggunakan telefon bijak anda . Kemudian pilih pada add task > pilih aplikasi Helloox2 . Kemudian pergi pada setting . Pilih certificate dan key . Akhir sekali klik pada Go! . Dan boleh lah anda memasang perisian Helloox2 pada telefom bimbit anda . Bagi memudahkan anda semua sila lihat gambar dibawah .






Mulakan perisian Helloox2 yang telah dipasang dan mulakan dengan "hack telefon bimbit anda" . Tunggu beberapa ketika dan . Siap . Anda telah berjaya meng'hack' telefon bimbit bijak anda . Tahniah ;)

Nota Kaki : Sekiranya anda mempunyai masalah dan sebarang kesulitan comment saja pertanyaan anda . Amir akan cuba membantu anda ;)

Friday, February 4, 2011

Finally ;)


Syukur Alhamdulillah . Ade juga masa nak update blog . Idea datang tetibe . Hehe . Pengumuman . Saya ada awek baru dalam hidup . Weweit . Akhirnya , Amir berjaya memiliki sebuah smartphone . Dengki ah tengok kawan-kawan semua update status pakai BB , Iphone lah , Android lah . Hehe . Dengan kedengkian tersebut , Amir berjaya membeli Nokia C6 hasil titik peluh sendiri . Fuhh . Penat woi !

Bisnes Amir makin maju , hari demi hari . Ada sahaja permintaan . Tuh lah yang buat Amir memiliki phone baru . Bukan nak berlagak , nak riak , nak menunjuk . Tapi sebenarnya entri ini khas buat adik-adik Amir dan kakak Amir . Diorang bace blog Amir tau ? Hee . Sebabkan masing-masing dah besar-besar dan belajar jauh-jauh . Sorang Perak , sorang Penang . Dah Amir kat Kuala Lumpur . Lagi 2 orang yang kecik tuh je dekat Port Dickson . So , Amir bagitau dekat blog je lah . Kan senang diorang bace article abang diorang yang tak berapa best nie ;P

Amir nak diorang tau , nak memiliki sesuatu benda tuh bukan hanya harapkan mak ayah . Boleh aje kalau kita berusaha simpan duit sikit-sikit . Boleh aje nak beli apa yang kita impikan ? Betul tak geng ? Kan ? Kan ? Heee .

Dah lama Amir nak beli smartphone ni . Selepas beberapa bulan berfikir dan membuat perbandingan . Akhirnya C6 menambat hati . Tapi sayang , pada mulanya Amir berhasrat untuk memiliki C6 yan berwarna hitam . Tapi di sebabkan stock tiada . Dan bil telah pun dibuka . Amir bersyukur dengan rezeki Amir untuk memilik C6 yang berwarna putih . Dah lah bini Amir yang 1st pun warna putih . Hehe . Bini yang ketiga nie pun pilih putih gak . Hee . Peace ;)


Heee . Babe baru lagi ;)


P/S : Alang , Kak Chik , Adik . Kalau nak apa-apa or nak tepon macam angah nie , ke nak mp3 ke ? Nak PSP ke . Belajar lah menabung yer ? Jimat cermat duit belanje umi/ayah bagi . Boleh lah dapat beli ape yang korang nak . Tak nak beli ape-ape pun menabung jugak . Nanti nak masuk Universiti nak kene pakai duit bnyk . Paham tak ? Heee .

Friday, December 31, 2010

[Tutorial] : How to Transfer Sony Ericsson Contact to Nokia Phone


Alhamdulillah , kesempatan jugak nak buat satu entri tutorial yang ingin Amir kongsikan kepada para bloggger semua . Disebabkan terlalu sibuk dengan banyak aktiviti . Maklumlah , adik-adik dah sibuk nak ke sekolah . Ada yang nak sambung belajar . Termasuk lah Amir sendiri , tak berapa hari je lagi dah nak kena baik KL sambung pembelajaran di Semester 4 . Haishh kejap je .

Berbalik kepada tajuk kita . Hehe . Pernah tak blogger smua terfikir nak transfer semua contact dari phone SE ke phone Nokia ? Kan berbeze platform bukan ? Ya , memang berbeza . Phone SE menyimpan semua contact atau mudah dipanggil backup , dengan menjadi satu file sahaja . Extension file tersebut ialah (.vcf) . Okeh , Phone Nokia pula , dia split setiap contact menjadi satu setiap contact masing-masing menjadi file (.vcf) . Bermakna , kite tak boleh direct copy je file (.vcf) tersebut dan paste pada Phone Nokia .

Dalam aktiviti mengodek-godek Google kite yang hari-hari makin kaya tuh . Amir terjumpa satu aplikasi yang direka sendiri menggunakan VB.net . Alah , programming lah nie . Hehe . Amir sudah pun berjaya mencuba tutorial ini dengan menggunakan Phone SE K770i serta Nokia 7610 . Ini semua gara-gara Amir dah menjual K770i Amir tuh kat adik Amir . Tuh nak kene backup semua contact . Dah lah beratus-ratus . Habis ler kredit kalau nak hantar satu-satu .

Dah panjang lebar membebel . Mari cuba ya blogger sekalian . Hehe . Selamat berjaya .

HOW TO :

Step 1 : Download file vCardSplit yang telah Amir sediakan kat link bawah nie.

Step 2 : Copy file (.vcf) yang berada didalam phone SE anda.

Step 3 : Buat satu folder baru ( tak kisah nak rename ape , tapi mudah letak name 'Contact' ).

Step 4 : Extract file yang telah anda download tadi kemudian run aplikasi tersebut.

Step 5 : Pilih file (.vcf) tadi , kemudian browse folder contact yang telah dibuat tadi.

Step 6 : Click pada ' Split vcf ' .

Step 7 : Walla , siap . Cube tengok dalam folder contact tadi , mesti dah diceraikan 1 file (.vcf) tadi kan ? Haa . 

Haaa . Setelah selesai , blogger semua boleh lah copy contact tersebut ke dalam phone Nokia masing-masing menggunakan PC Suite . Settle .

Ada sebarang kesulitan ? Comment je kat sini . Insyaallah yang mana tak paham , akan Amir cube jelaskan lagi sampai korang berjaya .

Sunday, December 19, 2010

Nokia C6

Specifications please kindly click here and also here .

Dah lama tak update blog picisan Amir ini . Disebabkan pekara yang perlu Amir selesaikan semasa cuti semester kali ini teramat lah banyak dan ini adalah gara-gara dari tiadanya perancangan yang rapi . Namun apakan daya . Kita sebagai manusia merancang , dan Allah SWT yang menentukan segalanya . 

Oh , telefon bimbit bijak diatas adalah salah satu gadjet yang Amir berminat untuk dijadikan sebagai gadjet baru didalam hidup Amir . Namun apakan daya , hajat untuk memiliki telefon bimbit bijak itu terpaksa ditangguhkan . Gara-gara terlalu sarat dengan aktiviti menjelajah Malaysia dimana menggunakan wang ringgit yang banyak adalah sebab utama hajat itu terpaska di tangguhkan . 

Tapi takpe . Bukan masalah besar pun . Ada rezeki Amir berbisnes , adalah rezeki nak memakai telefon bijak diatas tuh seperti yang diidam-idamkan . 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design