Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts
Showing posts with label Bisnes Online. Show all posts

Tuesday, June 26, 2012

Perniagaan Punca Rezeki Lebih Besar ?


Perniagaan , mmg salah satu punca rezeki yang jauh lebir besar dari makan gaji . Mengikut pengalaman Amir bekerja , bagi Amir berniaga itu jauh lebih menguntungkan . Tetapi tidak Amir nafikan, yang bekerja makan gaji itu juga bagus . Bagi Amir setiap pekerjaan itu adalah baik , sama ada ianya haram atau halal sahaja .

Sekarang medium untuk berniaga teramat lah banyak , malah pada zaman sekarang medium pengiklanan sangat mudah dan percuma . Seperti Facebook , blog dan lain-lain . Peringat umur pula , tiada had . Ada sahaja yang belasan tahun sudah pandai berniaga . Jangan terkejut , ianya benar . Kalau anda pernah ternampak atau terbaca tentang , ribbon custom made , sabun custom made untuk hantaran . Kebanyakannya dari idea kanak-kanak yang jauh lebih kreatif . Ianya bagus .

Kini terdapat banyak barangan yang boleh beli secara online , cuma kita kena pastikan ianya benar atau palsu . Pastikan pihak mereka mempunyai nombor pendaftaran perniagaan dari SSM . Dan periksa dahulu tentang sesuatu penjual . Langkah berhati-hati ini sangat lah penting salam menjual dan membeli secara online .

Sila lawat link-link perniagaan Amir juga ya ? ;)


Samurai LED Watch
Backpack Untuk Lelaki & Perempuan
Backpack
Pre-Order Jeans Levi's Original

Saturday, May 21, 2011

Kini Kembali . Heee ;)


Yeay!! Akhirnya . Kembalinya mood Amir untuk berlogging semula . Dah lama Amir biarkan blog ini sepi tanpa update . Tanpa sebarang berita . Maklum lah , Amir bukannya blogger sepenuh masa . Amir yang hanya blogger biasa yang sering kali kering idea untuk membuat entri baru . Tambahan pula , dengan pembelajaran Amir , perniagaan Amir & juga seseorang yang baru telah pun kini memasuki ruang hidup Amir . Hehe . Teruskan membaca kalau nak tau ye ? ;)

1. Tanggungjawab seorang mahasiswa

Mula-mula sekali Amir nak bagitau semua yang Amir kini telah pun menghabiskan pengajian sebanyak 4 semester! . Yes . Yes . Tak sabarnya nak dapat diploma . Hehe . Nampaknya tinggal lagi satu semester sahaja dan juga Latihan Industri selama 6 bulan . Pejam celik pejam celik . Amir tak sedar bahawa sudah pun pertengahan tahun 2011 . Sudah 2 tahun Amir sebagai seorang Mahasiswa di Universiti Kuala Lumpur @ MIIT . Amir masih kerap kali leka . Dengan duniawi . Dengan segala . Walaubagaimanapun , Amir nak bersyukur kepada Tuhan . Yang membenarkan Amir untuk terus bernafas didunia untuk menimba ilmu . Dan juga berkat sokongan dan doa dari keluarga Amir tidak akan lupakan .


2. Perniagaan semakin maju

Alhamdulillah . Rezeki Amir semakin mencurah-curah . Perniagaan masih lagi dapat menampung duit poket Amir untuk hidup di kota raya Kuala Lumpur yang segalanya mahal serta kos sara hidup yang agak tinggi . Malahan terlebih bagi Amir . Namun Amir tetap beringat betapa susahnya untuk mencari rezeki . Tidak akan Amir lupa setiap saat usaha Amir ini . Bukan itu saja , malahan dengan berniaga . Amir dapat ramai kenalan pelbagai peringkat umur . Ada juga yang menawarkan Amir pekerjaan sekiranya Amir selesai mengambil diploma nanti . Alhamdulillah sangat-sangat . Terasa begitu bersyukur dan juga puas . Sebab usaha dan penat lelah Amir terbalas segera dengan izin Tuhan . Buat sesiapa yang masih tidak tahu tentang perniagaan Amir . Boleh klik sini | Signal King Wifi Adapter .

3. Seseorang yang istimewa

HAAA . Sape? Sape ? Huisshh . Mane boleh bagitau . Idenditi dia akan Amir rahsiakan . Hoho . Poyo je kan ? Ngee . Ske hati saye lah oke ? Buah hati saye , blog saye . Hakhak . Okeh . Back to the point . Dari berkat usaha dan sikap tidak pernah putus asa Amir untuk terus kenal , dan kenal , dan kenal dengan lebih mendalam akhirnya membuahkan hasil . Berkawan selama 1 tahun , baru bersua muka . Dan hampir setengah tahun selepas baru lah kami mengambil langkah yang lebih berani . Amir bersyukur kerana dia yang beraninya mencuit pintu hati Amir . Eceh . Jiwang lak . Huhu . Biar kelihatan singkat pertemuan kami . Namun banyak yang telah kami lalui pahit getir persahabatan . Nantikan entri penuh si dia . Okay ? Hehe .

Sekian sahaja entri pembukaan entri yang baru . Nantikan review filem terbaru dari Amir | Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides

Saturday, March 12, 2011

Aku Anak Rantau Yang Berjalan Menghadapi Hidup Dengan Sendiri


Dah lama Amir tak update blog Amir ini dengan bahan-bahan ilmiah . Semuanya sebab gara-gara hidup Amir yang makin sibuk dengan pembelajaran , dan juga perniagaan barangan elektronik iaitu wifi adapter . Boleh klik Signal King Wifi Adapter untuk lihat barangan yang Amir jual . Sejak kebelakangan ini , bisnes Amir semakin menjadi-jadi sehinggakan setiap hari ada sahaja orang yang telefon/sms Amir tanya mengenai produk yang Amir jual ini . Malah ada juga yang menghubungi Amir melalui email . Hehe . Terkejut jugak tuh . So , mulai hari ini . Kena lah check email setiap hari , setiap masa dan waktu . HEHE . Amir berdoa agar , bisnes Amir semakin maju , dan terus maju . Sebab Amir nak simpan duit . Nak beli kereta . HAHA .

Dengan adanya bisnes ini , Amir tidak lagi bergantung pada duit ibu/bapa atau pun nenek/atok Amir lagi . Bukan nak belagak atau takbur . Tetapi inya betul . Biarlah adik-adik Amir yang lebih memerlukan untuk beli buku atau peralatan sekolah . Secara tidak langsung . Boleh kurangkan beban/tanggungan ibu bapa kita sendiri . Dan buatkan diri Amir lebih berdikari . Amir sarankan kepada pelajar-pelajar universiti untuk menceburi dalam perniagaan online ini . Bukan tiada yang berjaya , ada sahaja . Malah banyak yang menjadikan perniagaan online ini sebagai kerja tetap sebab permintaan dari pelanggan tidak pernah berhenti .

Nak tau apa yang Amir jual ? Teruskan membaca ye . Heee . Peace ;)

Apakah itu Wifi Adapter ?

Wifi Adapter itu adalah satu alat yang membolehkan anda mencapai rangkaian secara wireless . Sama macam laptop anda yang sering kali di panggil "wifi" . Ia nya sama sahaja . Wifi adapter ada banyak dijual di pasaran .

Kegunaan Wifi Adapter ?

Banyak kegunaanya , antaranya ialah digunakan pada pc/desktop yang ingin online menggunakan wireless . Wifi adapter lah yang akan memboleh kan pc/desktop itu mencapai rangkaian wireless . Selalin itu , laptop keluaran pertama di Malaysia . Laptop-laptop yang "old school" , tiada wifi card . Wifi adapter digunakan untuk laptop tersebut mendapat sambungan secara wireless . Dan wifi adapter digunakan untuk memperluaskan range/jarak/ lingkungan wifi tersebut . Lagi besar kuasa pemprosessan wifi adapter tersebut . Lagi jauh/jarak/lingkungan wifi adapter itu boleh menjejaki acess point wifi .

Kenapa Wifi Adapter Signal King ?

Ini kerana wifi adapter keluaran China ini dibina dengan kuasa yang besar . Dan "power" berbanding dengan yang ada di pasaran . Malah , chipset nya boleh membuatkan anda mendapat capaian internet maksima yang boleh . Ada yang boleh mencecah 150mbps walaupun dengan capaian tanpa wayar . Malaysia masih ketinggalan dalam teknologi ini . Selalin itu, ianya murah dan mudah alih . boleh dibawa kemana sahaja untuk di gunakan .

Nota Kaki : Ada juga Amir selitkan info ilimah entri kali ini . HEHE ;)

Tuesday, March 8, 2011

Youth Says , Income Masyhuk ? Serious La .


Youth Says , yang kini telah pun menukar domainnya ke Says.my . Lebih kurang macam Nuffnang jugak nie . Main klik-klik iklan . Heee . Amir buat baru dalam 3 hari kowt . Dah dapat hampir RM10 . Eishh . Betul lah . Oke lah tuh . Dari tak dapat langsung bukan ? Kite bukan kene keluar modal pun . Just buat satu entri fasal iklan yang Says.my bagi . Pastu spread link dia . Ada unique klik . Baru masyuk . Heee . Senang je . Serious . Few klik kita dapat . Bukan nak kena jaja barang ka promote apa pun . Hee .

Jom lew cepat-cepat join . Banyak lagi kat Says.my nie . Kalau collect CP . Boleh bid . Pastu boleh menang . Last ade orang menang iPod Nano . Gempak kot ? Dengan bid dah menang . Haishh . Untung . Pastu jawab survey . Dan lain-lain lagi . Best nie . Just luangkan sikit masa dah dapat duit sikit . Hehe . Sikit-sikit jadi lew . Dari online FB 24 seven tak buat ape , ape tak dapat . baik spread link dan dapat duit sikit . Heee .

Haaa . Dah kena racun dengan Amir lah tuh . Kihkih . Nak join ? Jom . Jom . Nak join bukan susah pun . Pakai akaun FB je . Click gambar kat bawah ok kalau nak join ? Join dapat duit sama-sama . Hee ;)


Nota Kaki : Nak tau lagi rahsia dapat bnyk duit dari Says.my ? Add Amir kat Facebook oke ? Klik sini . HEHEHE :)

Tuesday, March 1, 2011

Sibuk Yang Teramat Sangat , Tapi Berbaloi?


Argh . Memang penat . Penat . Penat . Haha . Amir nak mintak maaf sangat-sangat . Buat para pelawat yang datang blogwalk Amir . Amir tak sempat nak update blog dan blogwalk korang balik atas sebab Amir sibuk dengan bisnes Wifi Adapter Signal King . Nak tau lebih lanjut ? Klik lah ye kat situ . Hehe . Okeh . Amir promise akan buat entri khas buat blogwalker yang telah pun meninggalkan jejak . Betul-betul nie . Tak tipu . Hee . Nantikan . Amir pun sekarang telah pun bercuti mid semester . Yeay !! Ada masa nak update blog . Hehe .

Nak tau kenapa Amir penat dan sibuk ? Semua sebab gara-gara Amir mencari wang untuk mengikuti konvoi yang dianjurkan Y135LC ke Kota Pahlawan Melaka . Ini adalah 1st trip Amir bersama mereka . Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar . Hehe . Seronok gile! Siap dapat hadiah tau-tau ? Hehe . Nantikan full entri Amir berkonvoi . Peace .

Seronok rasanya dapat berblogging kembali . Tak sabar nak buat entri banyak-banyak malam nie! Yeay ;)

Sunday, December 19, 2010

Nokia C6

Specifications please kindly click here and also here .

Dah lama tak update blog picisan Amir ini . Disebabkan pekara yang perlu Amir selesaikan semasa cuti semester kali ini teramat lah banyak dan ini adalah gara-gara dari tiadanya perancangan yang rapi . Namun apakan daya . Kita sebagai manusia merancang , dan Allah SWT yang menentukan segalanya . 

Oh , telefon bimbit bijak diatas adalah salah satu gadjet yang Amir berminat untuk dijadikan sebagai gadjet baru didalam hidup Amir . Namun apakan daya , hajat untuk memiliki telefon bimbit bijak itu terpaksa ditangguhkan . Gara-gara terlalu sarat dengan aktiviti menjelajah Malaysia dimana menggunakan wang ringgit yang banyak adalah sebab utama hajat itu terpaska di tangguhkan . 

Tapi takpe . Bukan masalah besar pun . Ada rezeki Amir berbisnes , adalah rezeki nak memakai telefon bijak diatas tuh seperti yang diidam-idamkan . 

Tuesday, November 16, 2010

Berblogging Bisnes Makin Maju ?

Ramai antara blogger kat Malaysia menggunakan blog sebagai pusat mereka berniaga . Antaranya joegrimjow dengan produk HerbaLife , ada lagi . Iaitu umi saya , menjual pelbagai barangan secara online . Dan juga diri Amir dengan menjual produk dalam bidang IT(promote diri sendiri , hehehe ) . Klik sini . Banyak lagi sebenarnya , just Amir tak sempat nak follow semua . Banyak sangat ibarat pepatah 'bagai cendawan yang tumbuh selepas hujan' . Sekarang ini dunia teknologi . Semuanya mudah di hujung jari . Tak percaya ? beli kereta pun online sekarang tau ? Tak percaya ? klik sini tengok awek jual kereta secara online .

Haaa . Kalau tak percaya juga . Tak tau ler . Hehehe . Buktinya , apa yang terjadi pada diri Amir sendiri pun ada . Bisnes Amir semakin berkembang setelah Amir mencipta satu blog khas buat barangan yang Amir jual . Selama 1 bulan blog itu baru diusahakan . Makin ramai yang telefon nak beli . Hehehe . Ada yang beli berkali-kali pun ada . Amir mula berfikir , 'Buat apa ada internet , ada barang nak jual , tapi tak cuba gunakan teknologi ?' Hehehe . Amir terfikir macam tuh lah baru berusaha nak berjinak-jinak dalam perniagaan online ini . Selama ini hanya jual pada kenalan-kenalan sahaja .

Alhamdulillah , perniagaan makin besh . Boleh lah tampung perbelanjaan hidup kat kota raya Kuala Lumpur ini . Yang dimana serba serbinya mahal . Entri ini hanya nak cuba membuka minda para blogger yang baru(hehehe , Amir pun bukan blogger hebat mana pun) . Untuk mengajak mereka meningkatkan lagi taraf ekonomi Malaysia dengan menjalankan perniagaan . Peluang untuk mendapat perniagaan online yang teguh bukan lah senang . Produk kena lah berkualiti serta layanan dari penjual jugak penting tau . Haha . Nak lihat keuntungan Amir dalam masa 1 bulan ?


NOTA KAKI : Keuntungan bulan 11 yang baru setengah bulan berlangsung . Sudah mencecah RM 4++ . Hehe . Belum habis bulan 11 lagi nie . Keuntungan bulan 10 yang lepas paling masyuk . RM1k+  . HEHEEHEH :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design