Saturday, May 21, 2011

Kini Kembali . Heee ;)


Yeay!! Akhirnya . Kembalinya mood Amir untuk berlogging semula . Dah lama Amir biarkan blog ini sepi tanpa update . Tanpa sebarang berita . Maklum lah , Amir bukannya blogger sepenuh masa . Amir yang hanya blogger biasa yang sering kali kering idea untuk membuat entri baru . Tambahan pula , dengan pembelajaran Amir , perniagaan Amir & juga seseorang yang baru telah pun kini memasuki ruang hidup Amir . Hehe . Teruskan membaca kalau nak tau ye ? ;)

1. Tanggungjawab seorang mahasiswa

Mula-mula sekali Amir nak bagitau semua yang Amir kini telah pun menghabiskan pengajian sebanyak 4 semester! . Yes . Yes . Tak sabarnya nak dapat diploma . Hehe . Nampaknya tinggal lagi satu semester sahaja dan juga Latihan Industri selama 6 bulan . Pejam celik pejam celik . Amir tak sedar bahawa sudah pun pertengahan tahun 2011 . Sudah 2 tahun Amir sebagai seorang Mahasiswa di Universiti Kuala Lumpur @ MIIT . Amir masih kerap kali leka . Dengan duniawi . Dengan segala . Walaubagaimanapun , Amir nak bersyukur kepada Tuhan . Yang membenarkan Amir untuk terus bernafas didunia untuk menimba ilmu . Dan juga berkat sokongan dan doa dari keluarga Amir tidak akan lupakan .


2. Perniagaan semakin maju

Alhamdulillah . Rezeki Amir semakin mencurah-curah . Perniagaan masih lagi dapat menampung duit poket Amir untuk hidup di kota raya Kuala Lumpur yang segalanya mahal serta kos sara hidup yang agak tinggi . Malahan terlebih bagi Amir . Namun Amir tetap beringat betapa susahnya untuk mencari rezeki . Tidak akan Amir lupa setiap saat usaha Amir ini . Bukan itu saja , malahan dengan berniaga . Amir dapat ramai kenalan pelbagai peringkat umur . Ada juga yang menawarkan Amir pekerjaan sekiranya Amir selesai mengambil diploma nanti . Alhamdulillah sangat-sangat . Terasa begitu bersyukur dan juga puas . Sebab usaha dan penat lelah Amir terbalas segera dengan izin Tuhan . Buat sesiapa yang masih tidak tahu tentang perniagaan Amir . Boleh klik sini | Signal King Wifi Adapter .

3. Seseorang yang istimewa

HAAA . Sape? Sape ? Huisshh . Mane boleh bagitau . Idenditi dia akan Amir rahsiakan . Hoho . Poyo je kan ? Ngee . Ske hati saye lah oke ? Buah hati saye , blog saye . Hakhak . Okeh . Back to the point . Dari berkat usaha dan sikap tidak pernah putus asa Amir untuk terus kenal , dan kenal , dan kenal dengan lebih mendalam akhirnya membuahkan hasil . Berkawan selama 1 tahun , baru bersua muka . Dan hampir setengah tahun selepas baru lah kami mengambil langkah yang lebih berani . Amir bersyukur kerana dia yang beraninya mencuit pintu hati Amir . Eceh . Jiwang lak . Huhu . Biar kelihatan singkat pertemuan kami . Namun banyak yang telah kami lalui pahit getir persahabatan . Nantikan entri penuh si dia . Okay ? Hehe .

Sekian sahaja entri pembukaan entri yang baru . Nantikan review filem terbaru dari Amir | Pirates of the Caribbean : On Stranger Tides

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design