Sunday, June 19, 2011

Kisah Cinta - Part 1 : Si dia ?

 
One day you will ask me which is more important, you or my life?
And I will say my life..
and you will walk away not knowing that you are my life... :)
 
Salah satu status FB dia yang membuat aku fikir jauh kedepan . Apakah maksud sebenar dia ? Adakah benar aku ini adalah hidup dia ? Semua persoalan terjah di fikaran aku . Aku pergi kerana aku tidak mahu memusnahkan hidup dia . Tetapi tidak ku sangka , aku lah hidup dia .
 
Hasil persahabatan kami kian jelas . Mahupun SUKA ataupun DUKA kami rasai bersama . Hari demi hari , perasaan kasih dan sayang semakin mekar . Namun masih ada kekurangan , ianya untuk kami masing2 belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri masing-masing . Aku yang cuba mendidik diri ini ke jalan yang diredhai , ingin aku bawa si dia bersama ke jalan yang bakal aku tempuhi .
 
Aku tahu , aku bukan lah seorang yang bijak pandai . Namun aku masih mencuba . Terus mencuba . Dan mencuba tanpa penat . Kerana aku tahu . Pastinya ada jalan yang diredhai untuk kami berdua tempuhi . Aku sedar , aku hanya hamba pada Yang Maha Esa . Aku sering berdoa agar persahabatan kami diredhai . 
 
Awak sambung baca ya ?
 
Awak , saya minta maaf . Saya bukan seorang yang sempurna . Tapi saya ada awk yang menjadikan sempurna . Tuhan jodoh kan pertemuan kita ada sebabnya . Tuhan bagi kita cabaran kerana nak menguji hamba-hambaNya . Ingat tau ? Setiap yang terjadi ada hikmahnya . Kita perlu yakin . Bukan senang nak berkenalan dengan awak , bukan mudah untuk mendekai awak . Tapi saya tetap terus mencuba sampai sekarang masih tetap mencuba . Awak yang jauh dari pandangan , tetapi masih tetapi terasa dekat disisi . Dunia kini hidup bersama teknologi . Dan juga membolehkan kita saling ingat mengingati satu sama lain tentang kealpaan didunia . Jangan lah awak sesekali terlupa pada Pencipta kita ya ? Awak yang tinggal jauh sebab tanggungjawab awak sebagai seorang hamba , anak dan pelajar . Sama juga seperti saya . Awak kena tabah dan kuat . Jangan jadikan jarak sebagai pengahalang . Kerana ianya satu cabaran buat kita . Kita perlu tempuhi dengan sabar  ;)

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design