Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts
Showing posts with label Kisah Cinta. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Kisah Cinta - Part 1 : Si dia ?

 
One day you will ask me which is more important, you or my life?
And I will say my life..
and you will walk away not knowing that you are my life... :)
 
Salah satu status FB dia yang membuat aku fikir jauh kedepan . Apakah maksud sebenar dia ? Adakah benar aku ini adalah hidup dia ? Semua persoalan terjah di fikaran aku . Aku pergi kerana aku tidak mahu memusnahkan hidup dia . Tetapi tidak ku sangka , aku lah hidup dia .
 
Hasil persahabatan kami kian jelas . Mahupun SUKA ataupun DUKA kami rasai bersama . Hari demi hari , perasaan kasih dan sayang semakin mekar . Namun masih ada kekurangan , ianya untuk kami masing2 belajar dari kesilapan dan memperbaiki diri masing-masing . Aku yang cuba mendidik diri ini ke jalan yang diredhai , ingin aku bawa si dia bersama ke jalan yang bakal aku tempuhi .
 
Aku tahu , aku bukan lah seorang yang bijak pandai . Namun aku masih mencuba . Terus mencuba . Dan mencuba tanpa penat . Kerana aku tahu . Pastinya ada jalan yang diredhai untuk kami berdua tempuhi . Aku sedar , aku hanya hamba pada Yang Maha Esa . Aku sering berdoa agar persahabatan kami diredhai . 
 
Awak sambung baca ya ?
 
Awak , saya minta maaf . Saya bukan seorang yang sempurna . Tapi saya ada awk yang menjadikan sempurna . Tuhan jodoh kan pertemuan kita ada sebabnya . Tuhan bagi kita cabaran kerana nak menguji hamba-hambaNya . Ingat tau ? Setiap yang terjadi ada hikmahnya . Kita perlu yakin . Bukan senang nak berkenalan dengan awak , bukan mudah untuk mendekai awak . Tapi saya tetap terus mencuba sampai sekarang masih tetap mencuba . Awak yang jauh dari pandangan , tetapi masih tetapi terasa dekat disisi . Dunia kini hidup bersama teknologi . Dan juga membolehkan kita saling ingat mengingati satu sama lain tentang kealpaan didunia . Jangan lah awak sesekali terlupa pada Pencipta kita ya ? Awak yang tinggal jauh sebab tanggungjawab awak sebagai seorang hamba , anak dan pelajar . Sama juga seperti saya . Awak kena tabah dan kuat . Jangan jadikan jarak sebagai pengahalang . Kerana ianya satu cabaran buat kita . Kita perlu tempuhi dengan sabar  ;)

Tuesday, January 25, 2011

Dua Insan Bertentang Mata

Akhirnya , bertemu jua buat kali pertama . Bak kata orang cinta padangan pertama ? Bukan bagi aku . Ia adalah pandangan kedua bagiku . Aku hanya boleh cuba mencintai dia dari dalam lubuk hatiku . Dimana dia menganggap aku hanya rakan di dalam hatinya . Pertama kaliku lihat dia seakan-akan aku tidak mengenalinya . Tapi buat kali kedua , aku jatuh cinta akan senyuman yang diberikannya .


Kurenung dia , ku lihat raut wajahnya . Arghh , memang seperti yang aku sangkakan . Dia memang pemalu orangnya . Dia seringkali perasan akan tindakanku dan menyuruh agar tidak merenung ke arahnya . Ku cuba tenung tepat ke arah matanya . Ku cuba baca fikirannya . Namun , ku leka dengan kecantikan matanya .


Pipi yang gebu cantik setelah lesung pipit dikenakan . Arghh . Kau memang cantik lah . Walaupun si dia kerap merungut dia tidak cantik dan berkulit gelap . Apakah ? Pertama kali ku lihat si dia . Bermain difikiran ku adakah kau orang campuran barat ? . Sangat kelakar pemikiran ku itu . Sedangkan kau adalah anak keturunan melayu tulen .


Tiba masanya untuk aku pulang dan meninggalkan kau . Jauh dilubuk hati ku , aku begitu masih merindui si dia . Namun masatelah  menjadi penghalang . Aku redha dan terus pergi sambil melihat dia semakin jauh kehilangan didalam kebanyakan orang yang ada di situ . Aku berhajat , untuk mencuba nasib untuk buat kali kedua . Akan ku usahakan pertemuan kami buat kali kedua .


Pertemuan kami kali pertama membuat dia semakin yakin dan tidak segugup dulu yang dia tidak yakin kami akan terus berkawan setelah aku melihat dirinya yang sebenar . Namun ku percaya akan hati ku . Kau tetap aku sayang sepenuh hati ku . Dan aku tidak akan biarkan rasa sayang itu luntur dari hati ku .


Ku cuba rakam kenangan perjumpaan pertama kami berdua namun , masing-masing masih menggunakan telefon bimbit yang tidak secanggih yand ada dipasaran . Sebegitu juga perjumpaan kali kedua , dimana aku cuba memperbaiki telefon bimbitnya yang rosak demi memudahkan urusan aku berhubung dengannya . Namun usaha aku gagal . Ia tidak rosak seperti kebiasaan dan si dia tetap dengan pendiriannya yang tidak suka menumpang kesenangan orang lain . Sebab itu si dia menolak tawaran ku untuk meminjamkan telefon bimbit ku pada si dia .


Ouh sikapnya buat aku semakin jatuh cinta terhadap si dia . Biar lah apa pandangan orang terhadap dirinya . Bagi aku , si dia tetap bertakhta di hati . Dan aku tidak mungkin akan membiarkan si dia terluka pedih oleh diriku . Akan ku pastikan keselematan si dia dan akan ku pastikan si dia bahagia bersama ku ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design