Tuesday, July 3, 2012

Cara Mempercepatkan Masa Untuk Lock GPS Samsung Galaxy S Plus

Tutorial ini adalah untuk mengatasi masalah yang sering di alami oleh sesetengah pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S Plus [I9001] . Ini adalah kerana configurasi asal gps untuk telefon pintar tersebut di tetapkan untuk mengunci satelit eropah kerana kebanyakannya sistem pengoperasian nya di bina di sana . Disebabkan itu lah masa yang diambil untuk mengunci satelit agak lama . Ianya menyusahkan kita sebagai pengguna dimana terpakas menunggu lama untuk menggunakan GPS bagi tujuan untuk ke sesuatu tempat yang tidak kita pernah lawati .

Kini terdapat software yang mudah untuk kita mengubah configurasi gps tersebut mengikut kedudukan kita di kawasan negara asia . Ianya dicipta oleh broodplank1337 , dimana dia adalah salah seorang daripada developer di forum xda-developers yang menghimpun ramai pencipta software , pengubahsuaian ROM dan lain lain lagi .

AMARAN!! SEBARANG KEROSAKAN YANG MUNGKIN TERJADI KETIKA ANDA CUBA MENGIKUTI TUTORIAL INI ADALAH RISIKO ANDA SENDIRI . PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB . SILA BACA DAN IKUTI TUTORIAL INI SECARA TELITI .

GPS Configuration - by broodplank


LANGKAH 1

Anda perlu memuat turun software/tools tersebut terlebih dahulu . Sila muat turun software GPS Configuration DI SINI .

LANGKAH 2

Extrak file yang telah di muat turun , kemudian lancarkan software tersebut dengan klik berganda pada GPSConfig.exe .

LANGKAH 3

Anda perlu sambungkan telefon pintar android anda pada usb cable dan san set setting gps . Sila pilih region " ASIA " kemudian klik select , manakala country code sila pilih " MY " kemudian klik select dan selepas itu klik Build "gps.conf " . Selepas selesai , anda perlu klik " push file to device " untuk menggantikan gps.conf yang asal .

Sila cuba menggunakan GPS anda dan bezakan masa yang diambil untuk gps dikunci sebelum mengubah setting ini dengan keadaan selepas mengubah suai setting . Anda akan dapat gps.conf seperti paparan berikut :

/ system / etc / gps.conf

PERHATIAN!! Sekiranya anda tidak berjaya , kemungkinana anda memerlukan telefon pintar android yang telah di "root" kan . Dan sebarang pertanyaan sila lampirkan comment anda . Terima kasih :)

Antara telefon yang telah berjaya menggunakan software/tools ini ialah :

-Samsung Galaxy S Plus [I9001]
-Samsung Galaxy W [I8150]

Sila maklumkan saya sekiranya anda telah berjaya pada telefon pintar yang lain selain dari yang telah disenaraikan .

SUMBER : forum.xda-developers.com

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design