Showing posts with label Telefon Pintar. Show all posts
Showing posts with label Telefon Pintar. Show all posts

Tuesday, July 3, 2012

Cara Mempercepatkan Masa Untuk Lock GPS Samsung Galaxy S Plus

Tutorial ini adalah untuk mengatasi masalah yang sering di alami oleh sesetengah pengguna telefon pintar Samsung Galaxy S Plus [I9001] . Ini adalah kerana configurasi asal gps untuk telefon pintar tersebut di tetapkan untuk mengunci satelit eropah kerana kebanyakannya sistem pengoperasian nya di bina di sana . Disebabkan itu lah masa yang diambil untuk mengunci satelit agak lama . Ianya menyusahkan kita sebagai pengguna dimana terpakas menunggu lama untuk menggunakan GPS bagi tujuan untuk ke sesuatu tempat yang tidak kita pernah lawati .

Kini terdapat software yang mudah untuk kita mengubah configurasi gps tersebut mengikut kedudukan kita di kawasan negara asia . Ianya dicipta oleh broodplank1337 , dimana dia adalah salah seorang daripada developer di forum xda-developers yang menghimpun ramai pencipta software , pengubahsuaian ROM dan lain lain lagi .

AMARAN!! SEBARANG KEROSAKAN YANG MUNGKIN TERJADI KETIKA ANDA CUBA MENGIKUTI TUTORIAL INI ADALAH RISIKO ANDA SENDIRI . PIHAK KAMI TIDAK AKAN BERTANGGUNGJAWAB . SILA BACA DAN IKUTI TUTORIAL INI SECARA TELITI .

GPS Configuration - by broodplank


LANGKAH 1

Anda perlu memuat turun software/tools tersebut terlebih dahulu . Sila muat turun software GPS Configuration DI SINI .

LANGKAH 2

Extrak file yang telah di muat turun , kemudian lancarkan software tersebut dengan klik berganda pada GPSConfig.exe .

LANGKAH 3

Anda perlu sambungkan telefon pintar android anda pada usb cable dan san set setting gps . Sila pilih region " ASIA " kemudian klik select , manakala country code sila pilih " MY " kemudian klik select dan selepas itu klik Build "gps.conf " . Selepas selesai , anda perlu klik " push file to device " untuk menggantikan gps.conf yang asal .

Sila cuba menggunakan GPS anda dan bezakan masa yang diambil untuk gps dikunci sebelum mengubah setting ini dengan keadaan selepas mengubah suai setting . Anda akan dapat gps.conf seperti paparan berikut :

/ system / etc / gps.conf

PERHATIAN!! Sekiranya anda tidak berjaya , kemungkinana anda memerlukan telefon pintar android yang telah di "root" kan . Dan sebarang pertanyaan sila lampirkan comment anda . Terima kasih :)

Antara telefon yang telah berjaya menggunakan software/tools ini ialah :

-Samsung Galaxy S Plus [I9001]
-Samsung Galaxy W [I8150]

Sila maklumkan saya sekiranya anda telah berjaya pada telefon pintar yang lain selain dari yang telah disenaraikan .

SUMBER : forum.xda-developers.com

Sunday, July 1, 2012

10 Android Apps Yang Hot





Selaku pengguna telefon pintar Android , disini penulis ingin kongsikan 10 aplikasi yang di pasang pada telefon pintar milik penulis . Antara yang menjadi pilihan adalah :


1. Facebook


Facebook adalah satu laman social yang kini penggunanya teramatlah banyak sekali . Dengan adanya aplikasi tersebut , kini tiada masalah untuk mecapai ke laman social itu dengan telefon pintar android .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI FACEBOOK DISINI

2. WhatsApp Messenger


Dengan adanya aplikasi ini , boleh lah ucapkan "bye-bye" kepada sistem pesanan ringkas yang satu ketika dulunya menjadi satu cara menyampaikan pesanan dengan ringkas terhebat. Kini dengan whatsapp , anda boleh mengahantar pesanan tanpa batas dan tidak lagi memerlukan credit , hanya memerlukan sambungan internet . Juga memudah kan penghantaran gambar , video dan juga audio

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI WHATSAPP MESSENGER

3. You Tube


Aplikasi You Tube , memastikan anda tidak terlepas video-video menarik yang baru di muat naik di lama sesawang You Tube .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI YOUTUBE

4. Foursquare


Aplikasi ini memudahkan anda mengetahui tetang sesuatu tempat yang ada lawati . Kerana sesiapa yang pernah lawat tempat tersebut terlebih dahulu dari pada anda sememangnya mereka akan berkongsi pendapat tetang pelbagai aspek tetang lokasi tersebut . Malah boleh mengetahui siapa yang sedang berada disitu . Ia menjadi salah satu aplikasi untuk menjejak lokasi rakan-rakan lain yang menggunakan aplikasi ini buat penulis .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI FOURSQUARE

5. Blogger


Blogger ialah aplikasi menarik buat seseorang penulis tegar . Anda boleh menulis artikel baru hanya dengan telefon pintar android anda dimana sahaja dan pada bila-bila masa .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI BLOGGER

6. Gmail






Aplikasi ini memudahkan anda untuk membaca email yang baru dihantar hanya pada telefon pintar android anda . Ianya juga membenarkan anda mengurus beberapa akaun gmail yang anda miliki .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI GMAIL

7. Twitter


Twitter membenarkan anda mengetahui tetang selebriti , berita dan banyak lagi dengan pantas . Sekiranya anda memang pengguna tegar Twitter . Pastikan ia dipasang pada telefon pintar android anda sekarang .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI TWITTER

8. Golden Screen Cinema


Ianya satu aplikasi yang sangat berguna buat "kaki wayang" . Tanpa perlu beratur di kaunter tiket untuk pembelian tiket wayang . Dengan menggunakan aplikasi ini anda dapat membeli tiket dimana sahaja dan pada bila-bila masayang anda suka.

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI GSC

9. Maybank2u





Ianya sesuai buat peniaga-peniaga yang menjual atau berusniaga secara dalam talian . Mudah untuk menyemak segala pembayaran oleh pelanggan dan juga mudah untuk memindahkan wang dengan hanya menggunakan telefon pintan android .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI MAYBANK2U MALAYSIA

10. CIMB Clicks





"Sotong Merah" adalah panggilan penulis terhadap aplikasi ini . Ia juga memudahkan segala urusan jual beli secara dalam talian .

PAUTAN MUAT TURUN APLIKASI CIMB CLICKS
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design