Showing posts with label AFFSuzuki Cup 2010. Show all posts
Showing posts with label AFFSuzuki Cup 2010. Show all posts

Thursday, December 30, 2010

AFFSuzuki Cup 2010 : Final Leg 2 [ Malaysia ( 1 ) - ( 2 ) Indonesia ]


Ini adalah entri kedua , untuk perlawanan timbang balil . Entri pertama kat sini . Selepas 14 tahun , akhirnya Malaysia dapat menjulang Piala Suzuki 2010 . Tahniah buat skuad Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh ,berhempas pulas dan berdepan dengan bahaya bermain di Indonesia . Mana nak tahu , kalau tiba-tiba rakyat Indonesia meradang , melakukan pemberontakkan ? Tak ke naya pemain kita ?

Bagun solat subuh , terus on lappy . Nak tengok apa yang digomelkan . Hehe . Ternyata , semua bercakap-cakap akan kejayaan Malysia menjulang Piala Suzuki . Paling yang Amir geli hati , adalah keratan akhbar di Harian Metro online . 


Indonesia menang , tapi Malaysia juara .
Garuda Makan Asap

Hahahahaha . Ayat Harian Metro pun memang berdesing teliga kalau dicakapkan . Haha . Panas telingalah rakyat Indonesia yang duduk kat Malaysia . Tapi , mereka untung tau ? Hari Jummat , PM Malaysia isytiharkan cuti umum kowt? Haha . Yeay Yeay . Esok cuti . Weweittt! .

Apa-apa pun , tahniah ya Skuad Malaysia! Go , Go . Kutip lagi piala . Mari kita tengkujuhkan piala selepas kita kemarau piala untuk bertahun-tahun lamanya . Heee .

Monday, December 27, 2010

AFFSuzuki Cup 2010 : Final Leg 1 [ Malaysia ( 3 ) - ( 0 ) Indonesia ]


Final Leg 1 AFF Suzuki Cup 2010 telah pun berlangsung jam 8 malam semalam . Sumpah game memang gempak , agresif . Tapi dengan berkat kesabaran , hasil dari latihah skuad Malaysia akhirnya gol pihak lawan kita Indonesia bolos dengan gol pertama oleh Safee Sale dengan hasil bantuan dari Norshahrul Idlan . Memang gandingan hebat dua orang partner nie . Hehe .

Walaupun Amir tidak menyokong dengan menonton perlawanan di stadium . Amir tetap sokong depan TV kat rumah ini . Lagi selesa . Hehe . Boleh jerit-herit . Memang Amir kene sumpah seranah semalam ngan jiran-jiran . Haha . Apa pun Amir berpuas hati dengan permainan squad Malaysia . Buat penyokong Malaysia mari kita support skuad negara kita ! Lagi 2 hari sahaja lagi .

Permainan di Jakarta nanti Amir berani jamin akan genting . Kerana bermain di Indonesia . Haha . Penyokong Malaysia yang menyokong di stadium nanti Amir harapkan jaga tingkah laku kita sebagai rakyat Malaysia . Jangan lah ada yang bawa laser lah . Merecun apa lah . Biar lah skuad Malaysia kita main dengan adil dan saksama . Hee .


Berkat dari kuasa penyokong dan semangat skuad Malaysia . Ini lah yang skuad Malaysia beri pada penyokong !

Mari kita tunggu perlawanan balas balik yang akan berlangsung 2 hari lagi ! Penyokong-penyokong jangan lupa sarung jersi home skuad negara kita . Yeay !


2 hari lagi! Tak sabar , memang gegar rumah opah Amir , sebab besok nak balik Kampung . Yeay! 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design