Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts
Showing posts with label 1 Malaysia. Show all posts

Sunday, June 19, 2011

Notebook 1 Malaysia Untuk Sekolah Sumbangan Kerajaan


Beberapa hari lepas , Amir ada tolong seorang pelajar ini . Dia nak Amir install beberapa software kat dalam notebook dia . Dia dapat sebuah notebook yang diberi secara percuma dari Kementerian Pelajaran . Ini adalah salah satu langkah yang bijak dari kerajaan untuk galakkan pelajar belajar dengan lebih tekun mencapai keputusan yang cemerlang dan boleh terus belajar ke peringkat universiti .

Tetapi , apa yang Amir terasa lucu dihati adalah kerana notebook tersebut mirip seakan Dell Mini . Huhu . Ianya adalah produk GreatWall . China mari . China adalah salah satu negara pengeluar barangan elektronik terbesar . Malah . Negara pengklonan barangan elektrik juga !! Hebat teknologi negara China . Bila lagi la Malaysia nak maju macam China nie . Tak sabar . Hehe . Mari tonton beberapa paparan notebook tersebut .


Inisiatif Jalur Lebar ? Tapi block site . HAHAHA .  Tapi tuan notebook nie cakap . " Kalau nak dapat notebook nie kene ade internet kat rumah . Baru boleh dapat percuma ". Adakah ini langkah inisiatif Kerajaan ? HAHAHA . Bagi lah tenet FREE jugak wei!! Huhu .


1 Malaysia

Produk of Great Wall


Side


Another Side



Product Of Greatwall . Perfect with Intel Atom ;)

Thursday, June 16, 2011

51 Laman Kerajaan Diserang Dalam Satu Malam



Secara rasminya sebanyak 51 laman sesawan kerajaan diserang dengan satu malam sahaja . Ianya sudah disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) . Klik sini - news.hitb.org

Dimanakah kehebatan Cybersecurity Malaysia ? SKMM ? Dan yang bersekutu dengan nya ? Inikah yang anda katakan Cybersecurity Malaysia bersedia dan akan dapat menepis serangan hacker-hacker ? Atau senang bertutur dalam bahasa malaysia iaitu penggodam ?

Tidak malu kah 'anda' oh 'pihak berkenaan' ? 'Anonymous' iaitu penggodam dunia yang telah pun memberi amaran awal-awal pada korang ? Malah amaran itu telah tersebar dengan begitu cepatnya . Semuanya gara-gara para blogger dan juga penulis di internet . Kalau tidak kerana internet , tidak mungkin 'anda' akan mengetahui tentang ancaman ini dengan segera . 'Anda' semua pasti lebih terkejut dan tidak mungkin bersedia untuk hadapai serangan ini bukan ?

Ternyata keyakinan 'Anonymous' benar . Mereka berjaya menunjukkan bahawa tahap keselematan laman sesawang kerajaan malaysia berada pada tahap keselematan yang teramat lah rendah!! Sedangkan laman sesawan Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi (MOsti) pun diceroboh penggodam .

Oh Cybersecurity Malaysia . Tidakkah 'anda' berasa tercabar sebegitu rupa ? Laman sesawang kementerian naungan anda juga berjaya dicerobohi . Malu . Kerana bukannya penggodam yang menggelar dirinya 'anonymous' mencerobohi laman sesawang iut , tetapi hacker Malaysia !! Ianya adalah salah seorang dari ahli Rilekscrew .

Dato Seri Rais Yatim yang dengan bangganya mengeluarkan satu hujah dimana dia menjamin 'anonymous' bukan ancaman yang besar atau pertama . Siapa beliau ? Masih ada yang tidak kenal ? Klik sini - www.google.com.my . Bercakap dengan yakin , beliau memang tidak kenal siapakah dan apakah kebolehan 'Anonymous' . Biar bercakap dengan ilmu jangan mengharapkan skrip dari setiausaha anda sahaja . 'Anonymous' telah pun berjaya menawan Sony , MasterCard dan banyak lagi target berprofile tinggi .
Untuk menutup malu , pagi tadi SKMM telah mengatakan hanya kerosakan minima pada laman sesawang kerajaan . Biar kerosakannya adalah minima . Tetapi bilangan 51 buah lawan sesawang kerajaan telah BERJAYA diceroboh dalam beberapa jam sahaja . Serangan berlaku pada malam semalam .

Oh kerajaan . Masih buta atau masih dengan proganda untuk menutup malu ? Ini adalah satu sejarah untuk negara Malaysia . Bunkannya diserang oleh tentera ataupun pemberontak secara bersenjata . Tetapi hanya menggunakan kepakaran dalam Teknologi perkomputeran . Hanya dengan Ilmu , Papan Kekunci & Computer . Sebanyak 51 laman sesawan kerajaan Malaysia di serang .

Ternyata Kerajaan Malaysia perlukan sesuatu untuk mengelakkan sejarah ini berulang kembali . Tepuk dada , tanya diri 'korang; sendiri .

Tuesday, June 14, 2011

'Anonymous' Memberi Amaran Untuk Menyerang Malaysia


'Anonymous' adalah sebuah organisasi hacker dunia . Telah pun memberi amaran untuk menyerang Malaysia dengan code name Operation Malaysia . Gara-gara amaran ini dikeluarkan kerana Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan dengan menyekat The Pirate Bay & WikiLeaks . Huh . Panas isu nie beb . Dengan kuasa social networking , dengan pantas dan efektif amaran ini desebarkan . Gambar yang ditinggalkan 'anonymous' .

 

Bagaimanakah oh wahai Kerajaan Malaysia . Anda tegas dengan tindakan anda ? Adakah Jabatan Jenayah Siber sedia untuk bertempur ?

Dan ini pula adalah video ringkas untuk menyampaikan pesanan buat Kerajaan Malaysia .




Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
Video yang menjelaskan siapakah 'anonymous' :





Note : Kebenaran hanya akan diketahui pada besok hari iaitu pada pukul 3.30 pagi . Dan untuk ketahui lebih lanjut tentang kumpulan hacker dunia 'anonymous' di Wikipedia .

[ Tutorial ] How To Change Your DNS


Salam 1 Malaysia wahai rakyat negara Malaysia yang bertuah . Hehe . Disebabkan gara-gara SKMM dah mula blocked website filesharing yang seperti dinyatakan di akhbar , berita , blog , website dan banyak lagi . Amir tumpang traffic lah bagi panas blog Amir yang dah lama sunyi sepi tanpa sebaran coretan . Tutorial yang Amir nak kongsikan adalah tutorial bergambar , dan diskripsi sudah Amir letakkan pada  gambar . Tutorial ini dibuat menggunakan Windows 7 , dan juga pelayar Firefox . Selamat mencuba semua ;)









Note : DNS tersbut adalah public by Google . Selamat mencuba sekali lagi ;)

Friday, March 4, 2011

Google Kini Di Malaysia



Ada sesiapa tahu tak yang Google kini sudah pun menapakkan sebuah pejabatnya di Malaysia ? Tak tahu ? Adoyai . Rugi betul , ada pelunag lah Amir mengidam nak kerja dengan Google . Hehe . Nak tau kenapa Amir teringin nak kerja dengan Google . Sebabnya Google tuh salah satu syarikat yang kewangan dia amat lah kukuh!! Sesiapa yang tak teringin nak kerja dengan syarikat swasta yang kaya bukan ? Gaji kita pun akan tinggi .

Amir ada tengok satu video nie . Tentang persekitaran pejabat Google . Dan bagaimana pekerja mereka menikmati bekerja di Google . Haduhyai . Seronok  betul Amir tengok . Nak tengok juga ? Buat yang belum tengok marilah saksikan . Enjoy .






Ini adalah sumber yang Amir perolehi berita ini . Majalah PC Mac 11 , keluaran ke 171 ;)

Mazda Kini Pasti Dipasang Di Malaysia


PETALING JAYA, 2 Mac (Bernama) -- Mazda Motor Corp mungkin mempertimbang untuk mengeksport keretanya yang dipasang di Malaysia ke rantau Asean, kerana ia merancang untuk memperkukuh struktur pengeluaran dan jualan dalam pasaran-pasaran berkembang.

Pegawai Urusan Eksekutif merangkap Pengurus Besar bahagian jualan seberang lautnya, Yuji Nakamine, berkata Malaysia mempunyai rangkaian bekalan bahagian dan komponen (kereta) yang teratur, tetapi perkara-perkara lain seperti kos, harga, kecekapan, kualiti dan proses pembuatan alat ganti di negara ini perlu dikaji juga.

"Buat masa ini, kami tidak menetapkan sebarang kerangka masa, tetapi kami tahu peluang ini berpotensi amat besar," katanya kepada pemberita pada Mazda Motor Show di sini Rabu.

Semasa acara itu, Bermaz Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Mazda di Malaysia, juga melancarkan model Mazda3 yang dipasang di Malaysia.

Pada 1968, Mazda Motor mendirikan sebuah kilang pemasangan tempatan di Malaysia bagi kenderaan penumpang, tetapi menghentikannya pada 2007 disebabkan oleh perubahan persekitaran perniagaan.

Mazda3 yang dibina di Malaysia itu mulai dikeluarkan pada Januari di kilang pemasangan Inokom di Kedah.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, melancarkan kereta itu, yang dikeluarkan dalam empat varian berharga dari RM99,374 hingga RM131,254 (tanpa insurans).

Nakamine berkata program kereta komponen terurai sepenuhnya bagi Mazda3 di Malaysia, yang pertama dalam Asean itu perlu bagi mencapai pertumbuhan perniagaan selanjutnya bagi Mazda Motor di Malaysia, di samping perniagaan kereta terpasang sepenuhnya.

"Meskipun persekitaran perniagaan kami terus tidak menentu bagi masa depan, namun industri kereta di Malaysia berkembang kepada 600,000 unit ekoran pertumbuhan ekonomi yang kukuh," katanya.

Beliau berkata syrikat itu akan memperkukuh lagi rangkaian jualan dan mengagih-agihkan sumber di rantau ini di samping pemasangan di Malaysia.

Nakamine berkata rancangan ini boleh juga menjadi sebahagian daripada usahanya untuk memperkukuh struktur pengeluaran dan jualan dalam pasaran berkembang seperti Malaysia dan pasaran-pasaran Asean yang lain.

Beliau berkata Mazda Motor telah membangunkan rangka kerja bagi inisiatif jangka sederhana termasuk rancangan sasarannya untuk mencapai jualan sebanyak 1.7 juta unit dalam tahun fiskal berakhir Mac 2016 di seluruh dunia.

Sementara itu, selain Mazda3, Bermaz Motors juga melancarkan model Mazda MPS (Mazda Siri Prestasi), yang berharga RM179,895.20 di atas jalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh, berkata di Asia, Malaysia merupakan satu-satunya pasaran yang menawarkan model ini, selain Jepun.

Beliau berkata syarikat itu berhasrat menjual lebih 5,000 unit Mazda3 dan Mazda MPS tahun ini dengan pelancaran model-model baharu itu.

-- BERNAMA

Korang semua tau tak kini kereta jenama Mazda akan mula dipasang di Malaysia dan akan dijangka akan lebih murah ? Argh!! Seronok betol lah dengar . Ade chance lew nak pakai Mazda RX8!! Haha . Tau tak ? Haa . Tapikan . . . Apa yang Amir dengak kat berita . Mazda 3 yang akan dipasang . RX8 bile nak pasang ? Tak kire . Nak jugak . Nak jugak . HAHA .

Amir nak ucapkan tahniah buat kerajaan Malaysia yang kini makin lebih bijak membuat rakyat Malaysia semakin pandai berbelanja demi meningkatkan ekonomi dalam negara . Bagus . Good Job . Buat lagi . Yeay !!


Korang tengok ?!?! Kerete ini gempak lah!! Haha . Salah satu jentera yang Amir minat . Minat je la . Nak beli tak mampu weyh ;P

Thursday, January 27, 2011

1malaysia.com kene defaced ? -.-'

Apakah ini ? Korang tau tak web 1malaysia.com ? Ala laman social macam Facebook jugak la . Bukan www.1malaysia.com.my tau ? Yang laman web PM kita tuh . HEHE .

Dah kene owned pulak lah website uh . Sian betul la . Kenapa lah rakyat Indonesia sorang ini jahat sangat ? Hai . Manusia oh manusia . Korang tengok lah gambar yang kawan amir ambik kat bawah nie .


Haishh . Selepas selidik . Amir dapati satu bende ini yang . Memang tak patot . Herrmm . Siapa lah rakyat Malasyia yang begitu bijak sekali cakap macam tuh ? Lihat lah sendiri . Nak salah kan satu pihak tak adil . Salah dua-dua orang ni hah .


Apa dah jadi ? HAHAHA . Tepuk dada tanya hati . HAHAHAH . Kes paling lawak . :)

Friday, December 31, 2010

Jersey Malaysia 2011 For SALE!!



Replica Malaysia 2011 Jersey (HOME)
Type : Super A ( lagi bagus dari gred AAA )
Material : Kain lagi lembut dari gred AAA
Available Size : S , M , XL
Price : RM 45
Shipping Fee : RM 5 , 1 Malaysia




Replica Malaysia 2011 Jersey (AWAY)
Type : Super A ( lagi bagus dari gred AAA )
Material : Kain lagi lembut dari gred AAA
Available Size : S , M , XL
Price : RM 45
Shipping Fee : RM 5 , 1 Malaysia

==================================================================================

AVAILABLE STOCK :

HOME - (S) 3 unit , (M) 1 unit , (XL) 2 unit
AWAY - (M) 1 unit

ALL STOCK FINISED . NEED TO ORDER  . TQ .

==================================================================================

HOW TO BUY :

All ordering need deposit RM 10 for each jersey . Deposit will burn if you cancelling the order after deposit to my bank account .

Wholesale will get special price . Wholesale is 10 unit at once order .

HOW TO PAY :

Can pay via ATM(cash deposit) / transfer funds(online banking)


MUHAMMAD AMIR BIN TAJUDIN

ACC NO : 14081283682528

EMAIL : imortal_ghost16@hotmail.com



MUHAMMAD AMIR BIN TAJUDIN

ACC NO : 158293672249

EMAIL : imortal_ghost16@hotmail.com


Note : 

i ) Please contact me for checking size availability before make any payment .

Any question can msg my inbox , add my FB . TQ .

Thursday, December 30, 2010

AFFSuzuki Cup 2010 : Final Leg 2 [ Malaysia ( 1 ) - ( 2 ) Indonesia ]


Ini adalah entri kedua , untuk perlawanan timbang balil . Entri pertama kat sini . Selepas 14 tahun , akhirnya Malaysia dapat menjulang Piala Suzuki 2010 . Tahniah buat skuad Malaysia yang bermain bersungguh-sungguh ,berhempas pulas dan berdepan dengan bahaya bermain di Indonesia . Mana nak tahu , kalau tiba-tiba rakyat Indonesia meradang , melakukan pemberontakkan ? Tak ke naya pemain kita ?

Bagun solat subuh , terus on lappy . Nak tengok apa yang digomelkan . Hehe . Ternyata , semua bercakap-cakap akan kejayaan Malysia menjulang Piala Suzuki . Paling yang Amir geli hati , adalah keratan akhbar di Harian Metro online . 


Indonesia menang , tapi Malaysia juara .
Garuda Makan Asap

Hahahahaha . Ayat Harian Metro pun memang berdesing teliga kalau dicakapkan . Haha . Panas telingalah rakyat Indonesia yang duduk kat Malaysia . Tapi , mereka untung tau ? Hari Jummat , PM Malaysia isytiharkan cuti umum kowt? Haha . Yeay Yeay . Esok cuti . Weweittt! .

Apa-apa pun , tahniah ya Skuad Malaysia! Go , Go . Kutip lagi piala . Mari kita tengkujuhkan piala selepas kita kemarau piala untuk bertahun-tahun lamanya . Heee .

Wednesday, December 29, 2010

Malaysia vs Indonesia , Ape Kes ?


Malam nie ye , Malaysia vs Indonesia untuk perlawanan balik untuk final Piala AFF Suzuki 2010 . Jam 7.55 ye para blogger ? Hehe . Tapi , entri ini bukan untuk perlawanan bola . Tapi tentang rakyat Indonesia yang sering mengkeji dan mencaci kita rakyat Malaysia ini .

Kenapa pekara macam ini sering kali berlaku ? Salah siapa ? Salah diri kita sebagai Rakyat Malaysia ke ? Tak ? Ok . Kat sini Amir tak nak tunding jari pada siapa-siapa . Tepuk dada tanya selera ? Orait ?

1 . Kebanjiran Rakyat Indonesia

Tak tau lah sama ada rakyat Malaysia ini perasaan pekara ini atau buat-buat tak nampak ? Atau sengaja butakan mata ? Buruh binaan , Indonesia . Kuli dekat kedai borong , Indonesia ? Nyanyi lagu Radja ? Puja artis , Indonesia ? Yang buat KLCC , Indonesia . ? WTFish ? Pendatang haram , Indonesia ? Oh , pihak berkuasa bila nak settle pekara nie ? Kami rakyat Malaysia , dicaci rakyat Indonesia ?

2 . Sikap Rakyat Malaysia

Yang rakyat Malaysia ini pun satu , tak pakai otak ? Ke tak fikir ? Kenapa lah ramai sangat rakyat Malaysia yang pandai cakap , pandai caic kembali rakyat Indonesia . Tapi buat tak nak ? Yang tau nak merempit  , bunuh diri . Yang tau hisap dadah hisap ganja . Melacur diri . Jadi orang rosak akhlak ? Buang anak sana sini . Buat maksiat sana sini . Tak reti ke nak ubah sikap ? Tak nampak ke kehancuran yang korang sendiri buat ? Pakai otak lah wahai rakyat Malaysia .

Wahai rakyat Malaysia mari lah kita sedar dari kealpaan duniawi . Berhentikan lah sikap " Pandai Cakap Saja " . Dan berhentilah dari terus membaling tahi kembali kepada rakyat Indonesia . Kalau mereka mencaci kita , kira redha saja lah . Tuhan yang Maha Esa . Allah Maha Besar . Akan adanya balasan terhadap mereka yang mencaci manusia lain . Jangalah kita mencaci mereka kembali .

Berhentikan lah dari mendengar lagu artis Indonesia . Berhentilah dari tengok sinetron Indonesia yang sering TV3 tayangkan tuh . Tengok lah cerita-cerita Melayu . Ape ? Memang cerita Melayu ada yang tak seronok . Oke tengok lah cerita-cerita dari Hollywood . Settle . Bukan Amir membenci semua rakyat Malaysia . Tetapi , segelintir dari mereka yang membuat propaganda untuk kucar-kacir kan negara kita .

P/S : Kalau ada rakyat Indonesia yang baca entri ini pasti hangin . Lepas tuh , mensti ada pulak hacker-hacker yang nak hack blog Amir ini . Haha . Amir tak kisah lah wei :P

Monday, December 27, 2010

AFFSuzuki Cup 2010 : Final Leg 1 [ Malaysia ( 3 ) - ( 0 ) Indonesia ]


Final Leg 1 AFF Suzuki Cup 2010 telah pun berlangsung jam 8 malam semalam . Sumpah game memang gempak , agresif . Tapi dengan berkat kesabaran , hasil dari latihah skuad Malaysia akhirnya gol pihak lawan kita Indonesia bolos dengan gol pertama oleh Safee Sale dengan hasil bantuan dari Norshahrul Idlan . Memang gandingan hebat dua orang partner nie . Hehe .

Walaupun Amir tidak menyokong dengan menonton perlawanan di stadium . Amir tetap sokong depan TV kat rumah ini . Lagi selesa . Hehe . Boleh jerit-herit . Memang Amir kene sumpah seranah semalam ngan jiran-jiran . Haha . Apa pun Amir berpuas hati dengan permainan squad Malaysia . Buat penyokong Malaysia mari kita support skuad negara kita ! Lagi 2 hari sahaja lagi .

Permainan di Jakarta nanti Amir berani jamin akan genting . Kerana bermain di Indonesia . Haha . Penyokong Malaysia yang menyokong di stadium nanti Amir harapkan jaga tingkah laku kita sebagai rakyat Malaysia . Jangan lah ada yang bawa laser lah . Merecun apa lah . Biar lah skuad Malaysia kita main dengan adil dan saksama . Hee .


Berkat dari kuasa penyokong dan semangat skuad Malaysia . Ini lah yang skuad Malaysia beri pada penyokong !

Mari kita tunggu perlawanan balas balik yang akan berlangsung 2 hari lagi ! Penyokong-penyokong jangan lupa sarung jersi home skuad negara kita . Yeay !


2 hari lagi! Tak sabar , memang gegar rumah opah Amir , sebab besok nak balik Kampung . Yeay! 

Tuesday, December 21, 2010

Used Skulls Vans Shoes For Sale

Hari ini kemas barang-barang peribadi yang terlalu banyak tu . Tiba-tiba Amir terjumpa sepasang kasut yang Amir beli tahun lepas tapi tak boleh pakai dah sebab kecik dan sempit . Daripada kasut tuh terus usang tersadai dalam kotak . Apa kata Amir lelong je kat internet bukan ? Sekarang mudah je nak jual barang kat internet ini . Dah menjadi satu cara untuk muda mudi cari duit poket . Dengan online shop . Okeh . Kasut tersebut Amir hanya pakai dalam tiga atau empat kali sahaja . Sebab kecik , sakit kaki bila pakai . Dan kasut tersebut terus tersadai dalam kotak sampai lah hari ni . So , lihat lah gambar-gambar kasut Vans yang Amir nak jual tuh ya . Kalau berminat boleh call / sms . Number telefon di sediakan dibawah .






Item :: Used Skulls Vans Shoes
Size :: US 8
Price :: RM 70 [ Postage Free 1 MALAYSIA ]
Condition :: 8/10 [ Used about 3/4 times ]
Contact :: 017-5995878 [ AMIR ] 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design