Showing posts with label Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Malaysia. Show all posts

Wednesday, July 13, 2011

Keputusan Perlawanan Asia Tour 2011 | Malaysia VS Arsenal |


Tamat sudah perlawanan antara Malaysia dengan Arsenal . Kemenangan berpihak pada Arsenal nampaknya . Habis Malaysia kene push kaw kaw . 4 - 0 . Tetapi Amir ada sedikit kekecewaan dengan pihak Astro dimana tiada siaran langsung . Dengan alasan kerana tiada sambutan membeli tiket . Ape gile ? Yang kite orang bayar tiap-tiap bulan macam mane ? Haishhhh .

Apa-apa pun Amir ucapkan tahniah buat Pasukan Harimau Malaya yang berjuang berhabis-habisan untuk menentang The Gunner . Huhu .


Keputusan yang diambil dari - Live Score


Friday, March 4, 2011

Google Kini Di Malaysia



Ada sesiapa tahu tak yang Google kini sudah pun menapakkan sebuah pejabatnya di Malaysia ? Tak tahu ? Adoyai . Rugi betul , ada pelunag lah Amir mengidam nak kerja dengan Google . Hehe . Nak tau kenapa Amir teringin nak kerja dengan Google . Sebabnya Google tuh salah satu syarikat yang kewangan dia amat lah kukuh!! Sesiapa yang tak teringin nak kerja dengan syarikat swasta yang kaya bukan ? Gaji kita pun akan tinggi .

Amir ada tengok satu video nie . Tentang persekitaran pejabat Google . Dan bagaimana pekerja mereka menikmati bekerja di Google . Haduhyai . Seronok  betul Amir tengok . Nak tengok juga ? Buat yang belum tengok marilah saksikan . Enjoy .






Ini adalah sumber yang Amir perolehi berita ini . Majalah PC Mac 11 , keluaran ke 171 ;)

Mazda Kini Pasti Dipasang Di Malaysia


PETALING JAYA, 2 Mac (Bernama) -- Mazda Motor Corp mungkin mempertimbang untuk mengeksport keretanya yang dipasang di Malaysia ke rantau Asean, kerana ia merancang untuk memperkukuh struktur pengeluaran dan jualan dalam pasaran-pasaran berkembang.

Pegawai Urusan Eksekutif merangkap Pengurus Besar bahagian jualan seberang lautnya, Yuji Nakamine, berkata Malaysia mempunyai rangkaian bekalan bahagian dan komponen (kereta) yang teratur, tetapi perkara-perkara lain seperti kos, harga, kecekapan, kualiti dan proses pembuatan alat ganti di negara ini perlu dikaji juga.

"Buat masa ini, kami tidak menetapkan sebarang kerangka masa, tetapi kami tahu peluang ini berpotensi amat besar," katanya kepada pemberita pada Mazda Motor Show di sini Rabu.

Semasa acara itu, Bermaz Motors Sdn Bhd, pengedar rasmi kereta Mazda di Malaysia, juga melancarkan model Mazda3 yang dipasang di Malaysia.

Pada 1968, Mazda Motor mendirikan sebuah kilang pemasangan tempatan di Malaysia bagi kenderaan penumpang, tetapi menghentikannya pada 2007 disebabkan oleh perubahan persekitaran perniagaan.

Mazda3 yang dibina di Malaysia itu mulai dikeluarkan pada Januari di kilang pemasangan Inokom di Kedah.

Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, melancarkan kereta itu, yang dikeluarkan dalam empat varian berharga dari RM99,374 hingga RM131,254 (tanpa insurans).

Nakamine berkata program kereta komponen terurai sepenuhnya bagi Mazda3 di Malaysia, yang pertama dalam Asean itu perlu bagi mencapai pertumbuhan perniagaan selanjutnya bagi Mazda Motor di Malaysia, di samping perniagaan kereta terpasang sepenuhnya.

"Meskipun persekitaran perniagaan kami terus tidak menentu bagi masa depan, namun industri kereta di Malaysia berkembang kepada 600,000 unit ekoran pertumbuhan ekonomi yang kukuh," katanya.

Beliau berkata syrikat itu akan memperkukuh lagi rangkaian jualan dan mengagih-agihkan sumber di rantau ini di samping pemasangan di Malaysia.

Nakamine berkata rancangan ini boleh juga menjadi sebahagian daripada usahanya untuk memperkukuh struktur pengeluaran dan jualan dalam pasaran berkembang seperti Malaysia dan pasaran-pasaran Asean yang lain.

Beliau berkata Mazda Motor telah membangunkan rangka kerja bagi inisiatif jangka sederhana termasuk rancangan sasarannya untuk mencapai jualan sebanyak 1.7 juta unit dalam tahun fiskal berakhir Mac 2016 di seluruh dunia.

Sementara itu, selain Mazda3, Bermaz Motors juga melancarkan model Mazda MPS (Mazda Siri Prestasi), yang berharga RM179,895.20 di atas jalan.

Ketua Pegawai Eksekutif Bermaz Motor, Datuk Ben Yeoh, berkata di Asia, Malaysia merupakan satu-satunya pasaran yang menawarkan model ini, selain Jepun.

Beliau berkata syarikat itu berhasrat menjual lebih 5,000 unit Mazda3 dan Mazda MPS tahun ini dengan pelancaran model-model baharu itu.

-- BERNAMA

Korang semua tau tak kini kereta jenama Mazda akan mula dipasang di Malaysia dan akan dijangka akan lebih murah ? Argh!! Seronok betol lah dengar . Ade chance lew nak pakai Mazda RX8!! Haha . Tau tak ? Haa . Tapikan . . . Apa yang Amir dengak kat berita . Mazda 3 yang akan dipasang . RX8 bile nak pasang ? Tak kire . Nak jugak . Nak jugak . HAHA .

Amir nak ucapkan tahniah buat kerajaan Malaysia yang kini makin lebih bijak membuat rakyat Malaysia semakin pandai berbelanja demi meningkatkan ekonomi dalam negara . Bagus . Good Job . Buat lagi . Yeay !!


Korang tengok ?!?! Kerete ini gempak lah!! Haha . Salah satu jentera yang Amir minat . Minat je la . Nak beli tak mampu weyh ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design