Showing posts with label Anonymous. Show all posts
Showing posts with label Anonymous. Show all posts

Thursday, June 16, 2011

51 Laman Kerajaan Diserang Dalam Satu Malam



Secara rasminya sebanyak 51 laman sesawan kerajaan diserang dengan satu malam sahaja . Ianya sudah disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) . Klik sini - news.hitb.org

Dimanakah kehebatan Cybersecurity Malaysia ? SKMM ? Dan yang bersekutu dengan nya ? Inikah yang anda katakan Cybersecurity Malaysia bersedia dan akan dapat menepis serangan hacker-hacker ? Atau senang bertutur dalam bahasa malaysia iaitu penggodam ?

Tidak malu kah 'anda' oh 'pihak berkenaan' ? 'Anonymous' iaitu penggodam dunia yang telah pun memberi amaran awal-awal pada korang ? Malah amaran itu telah tersebar dengan begitu cepatnya . Semuanya gara-gara para blogger dan juga penulis di internet . Kalau tidak kerana internet , tidak mungkin 'anda' akan mengetahui tentang ancaman ini dengan segera . 'Anda' semua pasti lebih terkejut dan tidak mungkin bersedia untuk hadapai serangan ini bukan ?

Ternyata keyakinan 'Anonymous' benar . Mereka berjaya menunjukkan bahawa tahap keselematan laman sesawang kerajaan malaysia berada pada tahap keselematan yang teramat lah rendah!! Sedangkan laman sesawan Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi (MOsti) pun diceroboh penggodam .

Oh Cybersecurity Malaysia . Tidakkah 'anda' berasa tercabar sebegitu rupa ? Laman sesawang kementerian naungan anda juga berjaya dicerobohi . Malu . Kerana bukannya penggodam yang menggelar dirinya 'anonymous' mencerobohi laman sesawang iut , tetapi hacker Malaysia !! Ianya adalah salah seorang dari ahli Rilekscrew .

Dato Seri Rais Yatim yang dengan bangganya mengeluarkan satu hujah dimana dia menjamin 'anonymous' bukan ancaman yang besar atau pertama . Siapa beliau ? Masih ada yang tidak kenal ? Klik sini - www.google.com.my . Bercakap dengan yakin , beliau memang tidak kenal siapakah dan apakah kebolehan 'Anonymous' . Biar bercakap dengan ilmu jangan mengharapkan skrip dari setiausaha anda sahaja . 'Anonymous' telah pun berjaya menawan Sony , MasterCard dan banyak lagi target berprofile tinggi .
Untuk menutup malu , pagi tadi SKMM telah mengatakan hanya kerosakan minima pada laman sesawang kerajaan . Biar kerosakannya adalah minima . Tetapi bilangan 51 buah lawan sesawang kerajaan telah BERJAYA diceroboh dalam beberapa jam sahaja . Serangan berlaku pada malam semalam .

Oh kerajaan . Masih buta atau masih dengan proganda untuk menutup malu ? Ini adalah satu sejarah untuk negara Malaysia . Bunkannya diserang oleh tentera ataupun pemberontak secara bersenjata . Tetapi hanya menggunakan kepakaran dalam Teknologi perkomputeran . Hanya dengan Ilmu , Papan Kekunci & Computer . Sebanyak 51 laman sesawan kerajaan Malaysia di serang .

Ternyata Kerajaan Malaysia perlukan sesuatu untuk mengelakkan sejarah ini berulang kembali . Tepuk dada , tanya diri 'korang; sendiri .

Tuesday, June 14, 2011

'Anonymous' Memberi Amaran Untuk Menyerang Malaysia


'Anonymous' adalah sebuah organisasi hacker dunia . Telah pun memberi amaran untuk menyerang Malaysia dengan code name Operation Malaysia . Gara-gara amaran ini dikeluarkan kerana Kerajaan Malaysia telah mengambil tindakan dengan menyekat The Pirate Bay & WikiLeaks . Huh . Panas isu nie beb . Dengan kuasa social networking , dengan pantas dan efektif amaran ini desebarkan . Gambar yang ditinggalkan 'anonymous' .

 

Bagaimanakah oh wahai Kerajaan Malaysia . Anda tegas dengan tindakan anda ? Adakah Jabatan Jenayah Siber sedia untuk bertempur ?

Dan ini pula adalah video ringkas untuk menyampaikan pesanan buat Kerajaan Malaysia .




Greetings, Malaysia, We have seen the censorship taken by the Malaysian government, blocking sites like The Pirate Bay, and WikiLeaks. Malaysia is one of the world's strictest governments, even blocking out movies, and television shows. These acts of censorship are inexcusable. You are taking away a basic human right. The internet is here for freedom, without fear of government interference. Do not think that no one else notices. Your structured government has done the talking, and we hear loud and clear. Let this be an announcement to all your people. This is a sign, a warning, and an opportunity to listen to ideas above your own. In a way you are being stubborn. But how will this help anyone or your country. We fear that if you make further decisions to take away human freedom. We are obligated to act fast and have no mercy. For rules were meant to be broken. And corruption was meant to be washed away and forgiven. Now we will wash your corruption away so be prepared. Take this as a favor.
Video yang menjelaskan siapakah 'anonymous' :





Note : Kebenaran hanya akan diketahui pada besok hari iaitu pada pukul 3.30 pagi . Dan untuk ketahui lebih lanjut tentang kumpulan hacker dunia 'anonymous' di Wikipedia .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design