Secara rasminya sebanyak 51 laman sesawan kerajaan diserang dengan satu malam sahaja . Ianya sudah disahkan oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) . Klik sini - news.hitb.org
Dimanakah kehebatan Cybersecurity Malaysia ? SKMM ? Dan yang bersekutu dengan nya ? Inikah yang anda katakan Cybersecurity Malaysia bersedia dan akan dapat menepis serangan hacker-hacker ? Atau senang bertutur dalam bahasa malaysia iaitu penggodam ?
Tidak malu kah 'anda' oh 'pihak berkenaan' ? 'Anonymous' iaitu penggodam dunia yang telah pun memberi amaran awal-awal pada korang ? Malah amaran itu telah tersebar dengan begitu cepatnya . Semuanya gara-gara para blogger dan juga penulis di internet . Kalau tidak kerana internet , tidak mungkin 'anda' akan mengetahui tentang ancaman ini dengan segera . 'Anda' semua pasti lebih terkejut dan tidak mungkin bersedia untuk hadapai serangan ini bukan ?
Ternyata keyakinan 'Anonymous' benar . Mereka berjaya menunjukkan bahawa tahap keselematan laman sesawang kerajaan malaysia berada pada tahap keselematan yang teramat lah rendah!! Sedangkan laman sesawan Kementerian Sains , Teknologi & Inovasi (MOsti) pun diceroboh penggodam .
Oh Cybersecurity Malaysia . Tidakkah 'anda' berasa tercabar sebegitu rupa ? Laman sesawang kementerian naungan anda juga berjaya dicerobohi . Malu . Kerana bukannya penggodam yang menggelar dirinya 'anonymous' mencerobohi laman sesawang iut , tetapi hacker Malaysia !! Ianya adalah salah seorang dari ahli Rilekscrew .
Dato Seri Rais Yatim yang dengan bangganya mengeluarkan satu hujah dimana dia menjamin 'anonymous' bukan ancaman yang besar atau pertama . Siapa beliau ? Masih ada yang tidak kenal ? Klik sini - www.google.com.my . Bercakap dengan yakin , beliau memang tidak kenal siapakah dan apakah kebolehan 'Anonymous' . Biar bercakap dengan ilmu jangan mengharapkan skrip dari setiausaha anda sahaja . 'Anonymous' telah pun berjaya menawan Sony , MasterCard dan banyak lagi target berprofile tinggi .
Oh kerajaan . Masih buta atau masih dengan proganda untuk menutup malu ? Ini adalah satu sejarah untuk negara Malaysia . Bunkannya diserang oleh tentera ataupun pemberontak secara bersenjata . Tetapi hanya menggunakan kepakaran dalam Teknologi perkomputeran . Hanya dengan Ilmu , Papan Kekunci & Computer . Sebanyak 51 laman sesawan kerajaan Malaysia di serang .
Ternyata Kerajaan Malaysia perlukan sesuatu untuk mengelakkan sejarah ini berulang kembali . Tepuk dada , tanya diri 'korang; sendiri .
0 comments:
Post a Comment