Showing posts with label Windows. Show all posts
Showing posts with label Windows. Show all posts

Tuesday, April 19, 2011

New Disk cleanup tool found in Windows 8

Dah lama tak post entri , Amir sibuk dengan kehidupan seharian sebagai seorang pelajar . Mintak maaf semua . Kali ni nak kongsi tentang perubahan yang ada pada Windows 8 yang bakal dilancarkan mungkin pada tahun 2012 . Tak sabar rasanya nak tengok perubahan yang dibuat oleh Microsoft . Benda baru yang Amir jumpa kat internet . Nie haaa . Disk Cleanup yang baru ? Jum sambung baca ;)


Description :


While digging in the system32 files of Windows 8 build 7850 we have found a new Disk cleanup tool. This tool not only cleans the temporary files but also lets you delete video, music and picture files from the particular disk, thus providing more space. The user interface has been improved, though if you are accustomed to the old disk cleanup tool, it’s still available in Windows 8 and can be accessed by right clicking on the drive then selecting properties and the clicking on disk cleanup

To run this tool just type diskclean in the search bar in start menu and press enter. Here are some of the screenshots of the disk cleanup tool -


Screenshot 1


Screenshot 2

Sunday, February 13, 2011

[ Tools ] Windows Password Remover V7.01


Windows password remover adalah satu tools professional untuk recovery kembali password windows yang hilang atau lupa . Ia berkebolehan untuk reset password administrator serta user tanpa reinstalling OS Windows tersebut . Hehe . Power tak software nie ? Antara windows yang boleh di resetkan passwordnya menggunakan software ini ialah , Windows 7 , Vista , XP and etc .

AMARAN KERAS : Software ini bukan tujuan untuk kegunaan exploit . Harap digunakan untuk kesenangan kita sahaja . TQ .

Software ini sebenarnya dah ada version yang sebelum-sebelumnya . Tapi saja nak share version yang terbaru . Kepada sesiapa yang ada masalah seperti lupa password ke ? Kawan tak ingat dia save password apa ke ? Adik kita tukar password tanpa sengaja ke ? Tetibe je tak leyh login . Jangan risau . Guna sahaja software nie . Tak payah hantar kedai format windows korang . Dah kene duit lagi lah . Banyak file hilang lah . Haa . Macam nie lagi selamat dan best kan ? Hehe . Selamat mencuba .

 

Installation guide of Windows Password Remover :

1. Download ISO file yang telah Amir sediakan link untuk korang download kat atas tadi .
2. Burn ISO file tersebut ke dalam CD . Jangan bazir duit burn dalam DVD . Sbab file die kecik je .
3. Boot CD tersebut menggunakan laptop yang anda nak reset password windowsnya .
4. Tunggu beberapa ketika dan bacalah arahan seterusnya . Ngee ;)

Saturday, January 15, 2011

HOW TO : Install uBuntu 10.10 into USB Pendrive

Tutorial ini khas buat sesiapa yang berminat nak cuba Operating System yang datang dari sumber terbuka . Iaitu percuma! hehe . Tak macam Windows . Sistem pengoperasian yang datang dari sumber terbuka yang asasnya diatas platform Linux . Ala macma Mac OS tuh lah . Hehe . Okeh siapa berminat boleh lah cuba trick ini . Amir nak ajar cara untuk install live cd kedalam Pendirve anda . Poopp . Boleh lah guna dimana-mana saja PC . Hehe .

Step 1 :
Sila download .iso uBuntu 10.10(yang Amir pakai sekarang secara dual boot diadalam lappy Amir) dengan kilik sini .

Step 2 :
Sila download Universal USB Installer terlebih dahulu . Benda penting ini . Takda ini , tak jadi .

Step 3 :
Step ini harus dilakukan selepas step 1 & step 2 selesai dilengkapkan .


1. Masukkan pendrive anda , minimum 2GB pada mana-amana USB port laptop anda.
2. Jalankan software Universal USB Installer yang Amir suruh download di Step 2 .
3. Click Run untuk memulakan .


4. Kalau ada sebarang security , macam gambar kat atas ini , click je RUN . Biasa lah Windows , nak secure konon . Hehe .


5. Haa. Baru lah kluar untuk teruskan menggunakan software ini . Klik 'i Agree' untuk teruskan usaha anda yang mulia untuk mencuba Unix OS . Hehe .


6. Seperti dalam gambar , pilih lah Ubuntu 10.10 nyer version , sbab anda semua download iso Ubuntu 10.10 tadi kan ? Haaa. silah pilih mengikut .iso yang anda download . Kalau ada yang lain pun boleh guna jugak .


7. Sekarang sila browse file iso yang anda download tadi . 


8. Dan , akhir sekali . Pilih lah port USB yang betul . lepas tuh klik pada 'Create' . Dan tunggu beberapa minit . Akan mulalah operasi memasang ubuntu pada pendrive anda . Dah siap . Restart laptop/PC anda dan boot lah usb pendrive anda tuh! Dan . Walla . Boleh lah mula guna uBuntu! Yeay :)

Wednesday, December 8, 2010

How To Create Windows 7 Recovery Disc

Korang terfikir tak dengan menghantar laptop/PC anda ke kedai atau pusat membaik pulih laptop/PC semata-mata untuk 'reformat' laptop/PC anda sebenarnya amatlah merugikan masa serta wang ringgit ? . Sedangkan ianya boleh dilakukan sendiri oleh anda ? . Amir berani menyatakan sebegitu kerana bukan berniat jahat untuk mengusik periuk nasi peniaga-peniaga diluar sana . Kalau ada yang terasa lah kan ? Haha . Ok . Sebenarnya windows dicipta bagi memudahkan penggunanya . Disebabkan itu lah dunia teknologi perkomputeran kian tersohor dengan Windows yang diperkenalkan oleh Bill Gates . Windows memang dicipta untuk memudahkan manusia ! .

Sekiranya Windows anda gagal berfungsi dimana startup tidak berjaya dan kerap restart secara berulang kali , anda tidak perlu reformat Windows anda ! Hanya repair kembali Windows anda menggunakan Recovery Disk . Sila lihat skrin tembak dibawah untuk menghasilkan Windows 7 Recovery Disk .


Klik pada Start Button , kemudian All Program dan klik pada Maintenance seperti gambar rajah


Anda akan mendapat paparan seperti ini , masukkan cd/dvd kosong kedalam dvd drive anda dan klik create disc untuk memulakan prosess


Biarkan sehingga prosess selesai , dan pooff! Anda telah pun berjaya mencipta Recovery Disc buat WIndows 7 anda !


Mudah bukan ? Hanya memerlukan sedikit masa dan sekeping blank DVD/CD ? Berbaloi . Berbanding dengan menghantar laptop anda ke kedai yang memerlukan anda untuk mengeluarkan kos dari RM 30 hingga ke RM 100 . Baik anda mencipta Recovery Disc ini dan boleh disimpan untuk kegunaan pada masa depan . Selamat Mencuba !

Saturday, October 23, 2010

HOW TO : Make Windows 7 Startup Faster

Entri yang Amir buatkan kali ini mungkin sudah ramai tahu trick mudah Windows ini . Tetapi Amir tetap taip jugak tutorial ini untuk memperingatkan diri Amir sendiri . Kerana kadang-kadang , ada juga yang Amir lupa . So kepada blogger yang rasa nak cuba boleh je . Hanya memerlukan Windows 7 dan laptop . Simple kan ? Untuk lebih mudah , Amir telah sediakan beberapa skrin tembak untuk para blogger lebih mudah untuk ikuti tutorial ini ;)


Langkah 1 : Taip kan ' msconfig ' pada search bar . Kemudian tekan ' ENTER' atau click pada applikasi yang dijumpai .


Langkah 2 : Click pada tabs ' Startup ' . Akan terdapat satu senarai . Segala tick box itu adalah aplikasi yang running semasa startup windows anda .




Langkah 3 : Edit dengan untick pada aplikasi yang anda tidak mahu running semasa startup Windows . Kemudian click apply dan restart laptop / pc anda .

Ok . Kepada yang tidak berapa fasih akan bagaimana cara untuk disablekan startup item . Amir sarankan , para blogger buat bersama-sama orang yang lebih arif . Sebab kadang-kadang anda mungkin teruntick pada aplikasi yang penting . Dimana akan menyebabkan beberapa masalah pada masa akan datang . Sebagai contoh aplikasi yang Amir tidak jalankan semasa startup ialah . YM , Winamp , Adobe , Java . Semua ini akan menyebabkan startup Windows anda menjadi lambat . Selamat mencuba !

Nota Kaki : Tutorial ini dibuat menggunakan Windows 7 Ultimate x86 (32-BIT) , Windows 7 yang lain Amir tak pasti boleh ke tidak . Rasanya boleh jugak ;)

Tuesday, September 21, 2010

Cara Mudah Menghiasi Screen Logon Windows 7

Screen Logon Windows 7 kini boleh diubah mengikut paparan yang kita mahu . Oleh itu , Amir ingin berkongsi bagaimana cara untuk melaksanakan perkaran tersebut . Sebelum itu , blogger perlu memuat turun file ini . Setelah selesai memuat turun blogger semua akan dapati satu aplikasi yang bernama Tweaks Logon.


Jalankan aplikasi tersebut dengan right click > run as administrator . Sekiranya anda semua mendapat paparan seperti gambar di atas . Tahniah , anda berjaya melaksanakan langkah yang pertama.

Browse pada lokasi gambar yang anda ingin gantikan , Amir telah pun memilih gambar tersebut seperti paparan diatas. Dan klik pada open gambar tersebut .


Logon default telah pun di simpan sebagai backup , klik ok bagi meneruskan prosess menukar logon screen.


Dan akhirnya blogger semua berjaya menukar logon screem , tahniah! Selamat mencuba . Tinggal kan komen jika terdapat sebarang masalah . Terima Kasih .

Mengubah Start Orb Windows 7 Dengan Mudah

Kini terdapat cara mudah bagi menukar windows start orb iaitu dengan mengunakan aplikasi yang ringan tanpa perlu memasang pada windows anda . Disini Amir ingin mengajar blogger semua bagaimana melakukannya . Mula-mula blogger semua mesti memuat turun aplikasi tersebut . Amir telah pun menyediakannya . Sila muat turun file ini . Setelah selesai memuat turun , blogger mesti mengektrak file.rar tersebut mengunakan winrar . Sekiranya blogger tidak mempunyai aplikasi tersebut sila dapatkannya disini .


Setelah blogger mengektrak file.rar tersebut , blogger akan dapati satu aplikasi yang bernama Windows 7 Start Button Changer . Pastikan blogger semua menjalankan aplikasi tersebut dengan right click > run as administrator . Sekiranya blogger mendapat seperti paparan diatas , blogger semua telah berjaya dalam langkah pertama.


Langkah kedua , blogger klik pada Select & Change Start Button dan akan mendapat seperti paparan diatas ini pula . Bagi mendapat kan Orbs pilihan anda , sila browse pada folder Sample Orbs yang telah disediakan sekali didalam file.rar yang telah dimuat turun sebentar tadi.


Setelah blogger memilih orbs yang menjadi pilihan , secara automatik windows anda akan mengalami 'flashing' beberapa saat bari mengganti kan orb yang original . Lihat paparan diatas , anda telah pun berjaya menukar start orbs windows anda . Selamat mencuba bloggers . Sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen . Terima Kasih.

Sunday, September 19, 2010

Windows 8 128-bit by Microsoft


Amir telah terbaca sesuatu tentang projek terbaru microsoft , Microsoft telah pun bermula mengusahakan Windows 8 sebelum Windows 7 telah disiapkan. Sebab menjadi yang pasukan lain mengusahakan aspek berbeza sistem pengendalian, sebab itu Microsoft mampu lakukan ini. Microsoft dahulunya menjelaskan tentang apa yang kita boleh melihat pada Windows 8 melalui satu deskripsi tugas.

Ia muncul melakui , kecuaian satu pekerja Microsoft khusus tidak terlalu berhati-hati dengan profil LinkedIn mereka , dan mempunyai tidak sengaja bocor beberapa perincian-perincian menarik mengenai Windows 8. Menurut profil LinkedInnya, yang kelihatan seperti telah mendapat kebanyakan daripada butir-butiranya.

Robert Murdon telah bekerja untuk Microsoft sejak Januari 2002. Windows 8 News berjaya memperolehi maklumat ini pada profil LinkedIn pekerja Microsoft sebelum ia dilenyapkan :


“Robert Morgan is working to get IA-128 working backwards with full binary compatibility on the existing IA-64 instructions in the hardware simulation to work for Windows 8 and definitely Windows 9.”
“Robert Morgan is using Hestia (custom software package) for experimenting with the processor for scientific analysis and 3D graphics. Error: Memory Latency? Always gotta be a challenge barrier, it’s gotta be a bug in Hestia. right?!”
“Robert Morgan is frustrated with process standards and regulations! Delays Delays!”


Murdon kelihatan pasti yang kita akan melihat 128 bit keserasian dengan Windows 9, sementara ia muncul yang sama ada kita akan melihat ia dalam Windows 8 atau bukan masih tidak tentu. Secara kebetulan, banyak percaya Windows 7 akan menjadi Microsoft terakhir 32 gigit OS. Jadi ini bermakna kita akan melihat Windows 8 dalam 64 bit dan 128 bit? Apa pendapat anda semua ?

Adakah penemuan baru ini akan menyebabkan satu lonjakan paradigma yang melampau dalam edaran teknologi dimana teknologi lama mustahil akan diguna pakai kembali ?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design