Showing posts with label Windows 7. Show all posts
Showing posts with label Windows 7. Show all posts

Sunday, February 13, 2011

[ Tools ] Windows Password Remover V7.01


Windows password remover adalah satu tools professional untuk recovery kembali password windows yang hilang atau lupa . Ia berkebolehan untuk reset password administrator serta user tanpa reinstalling OS Windows tersebut . Hehe . Power tak software nie ? Antara windows yang boleh di resetkan passwordnya menggunakan software ini ialah , Windows 7 , Vista , XP and etc .

AMARAN KERAS : Software ini bukan tujuan untuk kegunaan exploit . Harap digunakan untuk kesenangan kita sahaja . TQ .

Software ini sebenarnya dah ada version yang sebelum-sebelumnya . Tapi saja nak share version yang terbaru . Kepada sesiapa yang ada masalah seperti lupa password ke ? Kawan tak ingat dia save password apa ke ? Adik kita tukar password tanpa sengaja ke ? Tetibe je tak leyh login . Jangan risau . Guna sahaja software nie . Tak payah hantar kedai format windows korang . Dah kene duit lagi lah . Banyak file hilang lah . Haa . Macam nie lagi selamat dan best kan ? Hehe . Selamat mencuba .

 

Installation guide of Windows Password Remover :

1. Download ISO file yang telah Amir sediakan link untuk korang download kat atas tadi .
2. Burn ISO file tersebut ke dalam CD . Jangan bazir duit burn dalam DVD . Sbab file die kecik je .
3. Boot CD tersebut menggunakan laptop yang anda nak reset password windowsnya .
4. Tunggu beberapa ketika dan bacalah arahan seterusnya . Ngee ;)

Wednesday, December 8, 2010

How To Create Windows 7 Recovery Disc

Korang terfikir tak dengan menghantar laptop/PC anda ke kedai atau pusat membaik pulih laptop/PC semata-mata untuk 'reformat' laptop/PC anda sebenarnya amatlah merugikan masa serta wang ringgit ? . Sedangkan ianya boleh dilakukan sendiri oleh anda ? . Amir berani menyatakan sebegitu kerana bukan berniat jahat untuk mengusik periuk nasi peniaga-peniaga diluar sana . Kalau ada yang terasa lah kan ? Haha . Ok . Sebenarnya windows dicipta bagi memudahkan penggunanya . Disebabkan itu lah dunia teknologi perkomputeran kian tersohor dengan Windows yang diperkenalkan oleh Bill Gates . Windows memang dicipta untuk memudahkan manusia ! .

Sekiranya Windows anda gagal berfungsi dimana startup tidak berjaya dan kerap restart secara berulang kali , anda tidak perlu reformat Windows anda ! Hanya repair kembali Windows anda menggunakan Recovery Disk . Sila lihat skrin tembak dibawah untuk menghasilkan Windows 7 Recovery Disk .


Klik pada Start Button , kemudian All Program dan klik pada Maintenance seperti gambar rajah


Anda akan mendapat paparan seperti ini , masukkan cd/dvd kosong kedalam dvd drive anda dan klik create disc untuk memulakan prosess


Biarkan sehingga prosess selesai , dan pooff! Anda telah pun berjaya mencipta Recovery Disc buat WIndows 7 anda !


Mudah bukan ? Hanya memerlukan sedikit masa dan sekeping blank DVD/CD ? Berbaloi . Berbanding dengan menghantar laptop anda ke kedai yang memerlukan anda untuk mengeluarkan kos dari RM 30 hingga ke RM 100 . Baik anda mencipta Recovery Disc ini dan boleh disimpan untuk kegunaan pada masa depan . Selamat Mencuba !

Saturday, October 23, 2010

HOW TO : Make Windows 7 Startup Faster

Entri yang Amir buatkan kali ini mungkin sudah ramai tahu trick mudah Windows ini . Tetapi Amir tetap taip jugak tutorial ini untuk memperingatkan diri Amir sendiri . Kerana kadang-kadang , ada juga yang Amir lupa . So kepada blogger yang rasa nak cuba boleh je . Hanya memerlukan Windows 7 dan laptop . Simple kan ? Untuk lebih mudah , Amir telah sediakan beberapa skrin tembak untuk para blogger lebih mudah untuk ikuti tutorial ini ;)


Langkah 1 : Taip kan ' msconfig ' pada search bar . Kemudian tekan ' ENTER' atau click pada applikasi yang dijumpai .


Langkah 2 : Click pada tabs ' Startup ' . Akan terdapat satu senarai . Segala tick box itu adalah aplikasi yang running semasa startup windows anda .




Langkah 3 : Edit dengan untick pada aplikasi yang anda tidak mahu running semasa startup Windows . Kemudian click apply dan restart laptop / pc anda .

Ok . Kepada yang tidak berapa fasih akan bagaimana cara untuk disablekan startup item . Amir sarankan , para blogger buat bersama-sama orang yang lebih arif . Sebab kadang-kadang anda mungkin teruntick pada aplikasi yang penting . Dimana akan menyebabkan beberapa masalah pada masa akan datang . Sebagai contoh aplikasi yang Amir tidak jalankan semasa startup ialah . YM , Winamp , Adobe , Java . Semua ini akan menyebabkan startup Windows anda menjadi lambat . Selamat mencuba !

Nota Kaki : Tutorial ini dibuat menggunakan Windows 7 Ultimate x86 (32-BIT) , Windows 7 yang lain Amir tak pasti boleh ke tidak . Rasanya boleh jugak ;)

Tuesday, September 21, 2010

Cara Mudah Menghiasi Screen Logon Windows 7

Screen Logon Windows 7 kini boleh diubah mengikut paparan yang kita mahu . Oleh itu , Amir ingin berkongsi bagaimana cara untuk melaksanakan perkaran tersebut . Sebelum itu , blogger perlu memuat turun file ini . Setelah selesai memuat turun blogger semua akan dapati satu aplikasi yang bernama Tweaks Logon.


Jalankan aplikasi tersebut dengan right click > run as administrator . Sekiranya anda semua mendapat paparan seperti gambar di atas . Tahniah , anda berjaya melaksanakan langkah yang pertama.

Browse pada lokasi gambar yang anda ingin gantikan , Amir telah pun memilih gambar tersebut seperti paparan diatas. Dan klik pada open gambar tersebut .


Logon default telah pun di simpan sebagai backup , klik ok bagi meneruskan prosess menukar logon screen.


Dan akhirnya blogger semua berjaya menukar logon screem , tahniah! Selamat mencuba . Tinggal kan komen jika terdapat sebarang masalah . Terima Kasih .

Mengubah Start Orb Windows 7 Dengan Mudah

Kini terdapat cara mudah bagi menukar windows start orb iaitu dengan mengunakan aplikasi yang ringan tanpa perlu memasang pada windows anda . Disini Amir ingin mengajar blogger semua bagaimana melakukannya . Mula-mula blogger semua mesti memuat turun aplikasi tersebut . Amir telah pun menyediakannya . Sila muat turun file ini . Setelah selesai memuat turun , blogger mesti mengektrak file.rar tersebut mengunakan winrar . Sekiranya blogger tidak mempunyai aplikasi tersebut sila dapatkannya disini .


Setelah blogger mengektrak file.rar tersebut , blogger akan dapati satu aplikasi yang bernama Windows 7 Start Button Changer . Pastikan blogger semua menjalankan aplikasi tersebut dengan right click > run as administrator . Sekiranya blogger mendapat seperti paparan diatas , blogger semua telah berjaya dalam langkah pertama.


Langkah kedua , blogger klik pada Select & Change Start Button dan akan mendapat seperti paparan diatas ini pula . Bagi mendapat kan Orbs pilihan anda , sila browse pada folder Sample Orbs yang telah disediakan sekali didalam file.rar yang telah dimuat turun sebentar tadi.


Setelah blogger memilih orbs yang menjadi pilihan , secara automatik windows anda akan mengalami 'flashing' beberapa saat bari mengganti kan orb yang original . Lihat paparan diatas , anda telah pun berjaya menukar start orbs windows anda . Selamat mencuba bloggers . Sebarang pertanyaan sila tinggalkan komen . Terima Kasih.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design