Tuesday, October 12, 2010

Angota polis dijel 20 tahun , kerana merogol

MIRI: Tindakan seorang anggota polis merogol anak gadis rakan setugasnya tahun lalu, menyaksikan dia menerima ‘habuan’ lumayan apabila Mahkamah Sesyen Miri semalam menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun serta enam sebatan selepas didapati bersalah melakukan perbuatan keji itu. Konstabel Razid Jumat, 25, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi yang tidak diwakili peguam sekadar menundukkan kepala ketika Hakim Awang Krisnada Awang Mahmud membacakan hukuman ke atasnya . Awang Krisnada dalam penghakimannya berkata, perbuatan tertuduh amat jijik terutamanya bagi seorang polis . Beliau juga berpuas hati selepas mendengar hujah dan fakta pihak pendakwaan yang berjaya membuktikan kes ini melampaui keraguan munasabah. “Perbuatan terkutuk kamu itu cukup tidak bertanggungjawab kerana kamu merosakkan masa depan mangsa. Hukuman ini memang wajar dikenakan sebagai pengajaran kepada anggota keselamatan lain, mahupun orang awam,” katanya. Terdahulu, tertuduh merayu mahkamah meringankan hukumannya dengan alasan sudah bertaubat.Dia didakwa melakukan perbuatan itu pada 30 Oktober tahun lalu di sebuah kediaman kuarters IPD Marudi kira-kira jam 4.30 pagi ketika mangsa yang berusia 20 tahun itu nyenyak tidur.Dia didakwa menceroboh bilik mangsa menerusi tingkap sambil mengacukan pisau kepada mangsa dan mengarahkannya membuka seluar sebelum merogolnya. - Harian Metro

Bagun pagi hari ini , terus menghadap Mrs . Lappy saya . Laman web yang pertama sekali dibuka ialah Harian Metro . Amir terus sedih dengan kemalangan ngeri 10.10.10 . Masih terdapat artikel tentang kemalangan negeri tersebut . Namun , berita ini lagi menyakitkan hati . Apabila seorang pegawai poli merogol anak rakannya sendiri . Binatang nya dia apabila nafsu mengawal diri . Hukuman 20 tahun dipenjara Amir harap dia belajar dan insaf dari perbuatan keji nya itu . Kesian kepada mangsa . Baru umur 20 tahun .

Tak tau lah apa nak jadi dengan dunia sekarang . Semakin teruk dibinasakan manusia . Kepada pegawai polis semua sila ambil perhatian kes ini . Persiapkan diri anda dengan keadaan mental yang mantap . Kerana Amir tahu bukan semua anggota polis sebegini rupa . Tapi ibarat pepatah . Kerana setitik nila , rosak susu sebelanga "


Tutup muka kenapa ? Malu konon , masa buat tak malu . Grrrr ;|

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 
Free Joomla TemplatesFree Blogger TemplatesFree Website TemplatesFreethemes4all.comFree CSS TemplatesFree Wordpress ThemesFree Wordpress Themes TemplatesFree CSS Templates dreamweaverSEO Design