Semua orang pasti tidak setuju dengan apa yang Amir bentangkan . Tapi Amir melihat semua ini dari sudut yang positive . Kenapa ? Semua orang ada pendapat masing-masing bukan ? Pada mulanya Amir memang tidak setuju dengan semua itu . Tapi setelah Amir melihat beberapa kejadian dan Amir renungkan kenapa itu semua terjadi . Membangakang tapi tiada fakta yang sahih ? Cuba fikirkan apa yang anda bangkang itu ada fakta yang sahih membuktikan semua itu tidak patut dilaksanakan ? Tepuk dada tanya selera .
Cikgu yang tidak bertanggungjawab?
Anak murid kehilangan buku latihan Bahasa Malaysia , bila ditanyakan oleh ibu kepada murid tersebut , cikgu menyatakan dia tidak tahu tentang kehilangan buku latihan tersebut.
Sebenarnya kejadian itu berlaku dalam keluarga makcik Amir sendiri . Makcik Amir menjumpai buku latihan tersebut setelah melawat bilik darjah yang berada di sebelah bilik darjah anaknya . Setelah dua minggu buku latihan itu berada disitu . Cikgu tak bagi latihan pada anak-anak murid ke? Nampak sangat kan ? Takkan nak harapkan muid yan berumur enam tahun mencari buku latihan sendiri yang masing-masing berfikiran untuk bersuka ria . Jadi guru di peringkat tadika lah yang akan mendidik mereka supaya mereka nampak gambaran pada peringkat tahun satu nanti bukan ?
UPSR dimansuhkan boleh menggurangkan tahap kanak-kanak yang tertekan . Ya , memang Amir setuju . Kenapa ? 5 matapelajaran yang akan diuji namun latihan , kelas tambahan , dan lain-lain seperti persediaan nak berperang ? Semua itu terlalu berat buat kanak-kanak berusia 12 tahun . Amir melalui semua itu , tapi Amir tidak pernah lupa jasa baik guru-guru Amir buat semua itu demi kecemerlangan murid-muridnya untuk pastikan Amir dan rakan-rakan lain mendapat tempat di sekolah berasrama penuh kerana pada waktu itu , masa depan Amir di universiti kelak terletak disitu .
PMR dimansuhkan akan kurangkan masalah sosial yang semakin teruk . Cuba lihat dari sudut yang positive , sekiranya PMR dimansuhkan , para pelajar tidak akan mempunyai alasan untuk ke selokah untuk ke kelas tambahan bukan ? Ini kerana yang ramai pelajar menipu , katanya pergi ke sekolah . Tapi pergi ke tempat lain seperti cyber cafe , melepak , merokok , dan macam-macam lain lagi . Dan ibu bapa boleh mengawasai anak-anak mereka dengan lebih ketat kan ? Dan secara tidak langsung , mereka tidak akan kemana-mana kerana tidak adanya alasan mereka untuk lari dari pengawasan ibu bapa . Dan cuti buat para pelajar juga akan kurang . Amir dapati semasa pergi menonton wayang di TImes Square , pada hari tersebut Amir dapati ramai pelajar di peringkat umur 13 - 14 tahun berpeleseran di sana . Sebab apa ? sebab cuti diberikan kerana PMR sedang dilangsungkan . Ini kerana mungkin bertujuan untuk memastikan pelajar yang menduduki peperiksaan tenang menjawab peperiksaan dari sebarang gangguan . PMR dimansuhkan dan tiada lagi cuti dibenarkan , dan pelajar tidak akan lagi berpeleseran di pusat membeli belah .
Kenapa Amir masih dapat belajar di universiti sedangkan UPSR Amir tidaklah 5A , manakala PMR Amir tidak lah memberangsangkan ? C dan D yang tercatit pada slip . Kenapa , sebab Amir teruskan belajar dalam Apa yang Amir minat . Bukan belajar untuk mendapat tempat di universiti . Sedangkan ada saja kawan Amir yang UPSR dan PMR mendapat keputusan yang dibanggakan . Namun tidak belajar di universiti ? Bukan untuk menyatakan Amir seorang yang riak , tetapi renungkanlah sendiri . Janganlah kita mengejar kejayaan anak kita dengan membunuh impiannya , mungkin dia hendak menjadi penyanyi ,tapi ibubapa mengaturkan jalan untuk dia menjadi doktor pakar bedah ? . Semua itu harus diambil kira . Mungkin suatu hari dia berjaya menjadi doktor pakar bedah , tetapi bagaimana inpiannya yang hancur lebur menjadi debu ? Terpaksa dikorbankan demi ibu bapa . Kadar kejayaan lebih tinggi bila seseorang itu melakukan apa yang mereka minat dari apa yang mereka pelajari . Sekiranya mereka minat Amir yakin mereka akan bersungguh-sungguh belajar untuk mengetahui lebih lanjut mengeenainya . Kementerian Pelajaran melaksanakan semua itu ada pro and kons nya . Bukan membuat keputusan tanpa mengambil kira aspek yang remeh-temeh .
0 comments:
Post a Comment